p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

7 October 2014

Wow... what is so wow?

assalammualaikum and good evening u guys...

ececewah. sejak bila pulak aku pandai speaking lelebih? hmm. saje je. apa hal? tak boleh ke? nak aku bagi penumbuk? dush dush dush haiyarkkk ehehek.

ok maafkan aku kerana menjadi tak waras. sebenarnya kan, aku baru je download apps for blogger. it means blogger for android. jadi, lepas ni tak adalah aku susah payah nak update blog guna laptop aku yang selalu sangat hang and lembab macam siput khinzir tu. yes, terlalu lembab sehinggakan aku nak campak laptop tu ke dinding, lepas tu aku nak pijak pijak dia dan dan dan aku nak bakar dia macam aku bakar sampah. hah tengok tu, aku mencarut! sorry again :'(

yeah apps ni memudahkan aku sangat sangat. so lepas ni bolehlah aku update selalu kan dan no more excuses. whatta so wow! heeeee ngeeee.

ok that's all. kbye.

p/s: another upcoming dinner

11 September 2014

Kembali

assalammualaikum dan selamat sejahtera... serta salam 1 Malaysia!





fuhhh... biar aku tarik nafas dahulu sekejap. wow! nampaknya memang dah lama sangat aku biarkan blog aku ni berhabuk. tengok tu. ada sarang lelabah, dengan habuknya lagi, sesawang sana sini. ehhhh, ada tikus pulak tu! euw, jijikssss.

hampir setahun juga lah rasanya aku tak menghapdet blog. mana lah taknya, sibuk dengan sekolah (sebenarnya aku lupa nak habaq yang aku ni budak STPM), dengan tak ada kemudahan internet lagi. dan satu lagi aku memang dah malas sesangat nak menaip banyak. lagipun, novel yang dah taip banyak-banyak sejak tingkatan 4 pun belum habis lagi. dulu dah berangan nak post kat kakinovel, tapi sebab dah tak ada idea. idea tu datang tak kena pada waktunya. contohlah, macam waktu aku tengah exam. hah, masa tulah munculnya idea nak mengarang mencurah-curah bak air shower dalam bilik air kat rumah aku tu.

kalau nak diikutkan, memang nak je aku cerita semua benda yang dah berlaku dalam setahun ni. as well i said just now... aku malas ye. yes, aku malas. malas ni memang dah sebati sangat dalam badan gempal aku ni. malas nak bersenam, malas nak belajar, malas nak berjalan, malas nak kemas rumah. apa nak jadilah dengan perempuan macam aku ni... lemak dah banyak sangat bertepek kat badan aku ni. eeee!

hmph, tapi kalau aku habaq sekalipun, memang tak ada sesiapa pun nak baca coretan aku yang membabi buta ni haha. jadi, aku hanya cerita apa yang aku nak cerita dan apa yang aku rajin nak cerita. tak semua perkara aku boleh kongsi. sekurang-kurangnya, perkara yang nak diceritakan tu mestilah ada unsur moral dan berguna sikit untuk diri aku dan para manusia macam korang ni. cerita yang meleweh, mengarut, tak serupa bikin... tu semua aku tak layan lagi. dulu bolehlah aku masuk kepala dengan perkara macam tu. tapi... ku yang dulu bukanlah yang sekarang lah kan.

baiklah. mungkin sampai sini sahaja coretan aku pada hari ni. moga aku dapat mencoret curit lagi pada masa akan datang. assalam.

p/s: tak sabar tunggu dinner night MPP!