p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

20 February 2013

Lalala Ku Penat Dengan Kerja

dengan nama Allah Yang Maha Agung...


bismillahhirrahmannirahhim. assalammualaikum kepada pembaca yang sudi ikuti kisah hidup ku yang penuh dengan liku ni hah. hahaha ada ke yang nak baca blog aku yang serupa macam buku cerita dongeng Si Dugong dan Ikan Pari. keh keh! 

aku rasa dah dua bulan tak sentuh blog aku ni. yelah, sibuk dengan kerja aku yang membosankan lagi memenatkan dekat Carrefour tu. jadi cashier. entah apa-apa je. aku memang tak plan langsung nak mintak kerja tu. entah macam mana lah boleh gatal sangat nak mintak kerja tu. tapi alhamdulillah aku dapat kerja tu, gaji setimpal dengan rasa penat lelah aku kerja 12 jam dok berdiri depan kaunter tahan caci maki daripada customer. streeeehh. stres. memang stress. sampai menangis aku dibuantnya.

macam mana aku boleh jadi segembeng, secengeng, sekememeh tu?

minggu pertama aku kerja, peh tekanan mencucuk cucuk tulang empat kerat aku ni. hal penat tu, kira normal lah. tak cakap lagi hal kena marah dengan supervisor yang tak berapa ngam dengan budak baru macam aku. lagi-lagi cc yang namanya kak dada dengan kak ayu. amboi mulut diorang. hahaha tak mahu cerita, dosa tau.

mostly, aku enjoy kerja dekat situ. banyak perkara terjadi kat aku. dengan kena caught on camera masa makan time kerja. tu kelakar nak mati. manalah aku tahu tak boleh makan masa duduk dekat kaunter. dah promoter chicken nugget kat situ kasi aku 4 ketul nugget panas panas. takkan nak tunggu nugget tu sejuk membeku baru nak makan? aku ngap je lah nugget tu. tak sangka pulak ada cctv kat situ, kahkahkah. malu gila tahap cipan.

6 hari kerja, aku dah dapat gaji dalam lingkungan dua ratus setengah. alhamdulillah syukurillah. suka sangat. okeh, tu saje aku mampu corat coret. bukan apa, aku dah malas nak fikir ayat apa aku nak karang.