p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

28 December 2012

Lalala Ku Cari Kerja

dengan nama Allah Yang Maha Agung...


assalammualaikum semua. suasana ketika aku menulis post pada kali ni agak hingar-bingar. dengan sedara mara aku yang seronok main congkak, adik lelaki aku yang syok nonton ulangan Maharaja Lawak Mega 2012 minggu keenam, dengan kakak aku yang bukak lagu kuat-kuat dari handphone nye... ya Allah. aku rasa macam nak berjoget sambil menangis.

okeh, tu hanya pembuka bicara bagi nukilan ku pada kali ini. eee, apasal skema gila kera ayat aku. hal tu tolak ketepi. semalam, aku dan dua orang sahabat rapat mampat aku pi cari kerja kat *tut* (mana boleh bagitahu, nanti aku malu) HAH


nunggu bas sekolah

yang sorang member aku tu dah memang dapat kerja satu tempat dengan tempat yang aku nak cari kerja. haha, sorry lah ayat aku berbelit. BM dapat B+ je. aku tak ambil sastera pun, buat apa nak buat ayat skema habis? okeh, okeh... jadi, dia cuma temankan aku dan kawan aku yang seorang lagi tu. dua-dua orang kawan aku ni memang penyegan tak bertempat orangnya. tapi, aku pun lebih kurang sama je. cuma aku pandai cover malu aku daripada diaorang, hahaa (kalau diaorang baca, habis ler). penat satu hari aku dengan kawan-kawan aku cari kerja. satu-satu tempat kami masuk. memang segan, tapi terpaksa tebalkan muka dengan setebal-tebalnya. bukan nak tebalkan muka dengan bedak tepung.

ada satu tempat, memang ada jawatan kosong. kami teruslah mintak kerja kat situ. kebetulan, tarikh lahir aku dengan kawan aku memang sama. ada seorang kakak tu cakap kami ni kembar. aku gelak dalam jantung je. kami cuma tinggalkan no telefon je kat akak tu. lagipun kakak tu tak berapa pasti sama ada dia nak ambil kami kerja kat situ. jadi, aku pasrah jelah.

dah penat ke hulu ke hilir satu mall, aku rehat kejap kat kerusi ogawa yang kena masukkan sehingget. terpejam mata aku enjoy benda alah tu. aku dah tak peduli orang ramai yang lalu lalang depan aku, dengan lalang lalang sekali aku tak peduli.

dan tanpa diduga, kami terpandang satu banner ni. dalam banner tu tertulis kekosongan jawatan juruwang. happy bebenor den dibueknyo. sayangnya, kami tak bawa salinan IC dan slip trial SPM. dengan hampanya, kami pulang ke rumah dengan rasa hampa dan penat cangat.


terpandang jejaka-jejaka 


esoknya, (hari ni) aku dengan kawan aku yang sorang tu pergi ke mall tu semula. dah isi borang, lepas tu kena test tahap Matematik gua pulak. haha, kalau kira bab duit memang aku pro tahap poyo. kalau kau tengoklah mata aku ni, ada bayang pawaka duit kat kornea aku. eh betul ke kornea? ahaha, apa-apa jelah.

with that, i lap you :p

No comments: