p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

7 October 2012

Naik Motosikal

dengan nama Allah Yang Maha Agung...



                             


eleh ni mesti fikir...
"budak ni mesti baru first time naik motor. tu pun nak update kat blog. the jakunnesss."
"post yang membosankan... macam anak ayam. NEXT!"

ish, ish, ish... jangan fikir macam tu. itulah, asal tajuk post bosan, mesti post pun turut bosan kan? tulah, typical MALAYS! MALAS.

okeh okeh campak perkataan MALAS itu wahai anak muda dan bakal orang tua! ayuh fokuskan mata kau orang semua baca post aku pada kali ini yang tak berapa nak menarik. kalau tak hingen nak baca, pergi terjun ke dalam loji najis dan berenang renanglah di situ. okeh okeh, gurau manja je. sorry.

pagi tadi, kira kira pukul 10, aku bersama ayah bertolak ke Semberong sebab nak jenguk akak aku yang dah terbiar kat sana. eh silap, nak jenguk akak aku yang kini sedang menjalani proses menguruskan badan dekat Kem PLKN Semberong. nasib baik kem tu tak jauh dari Batu Pahat. kalau tak, lantak kau lah kak ngah. tak ada siapa nak jenguk kau kalau kau dicampak ke kem yang jauh beribu batu daripada Batu Pahat.

jadi, apa kena mengena dengan tajuk 'Naik Motosikal' tu? alah, aku tahu kau orang dah boleh agak. ye, jawapan anda semua tepat sekali. 10 markah setengah untuk kau orang. aku dan ayah pergi sana naik motosikal second hand yang berharga seribu hingget, bayar cash tau. sebenarnya, keluarga aku bukan senang mana pun atau senang kata, kami hidup dalam keadaan serba sederhana. kami tak ada kereta pun, yang ada cuma sebuah motosikal dan tiga buah basikal (sebuah fixie, dua buah basikal jaguar jenis zaman Jepun serang Tanah Melayu). dan yang paling penting, aku ada lapan adik beradik... sekali lagi aku ulang, LAPAN. bukannya lipan. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. eh? tak memasal aku mengarut.

okeh kita hentikan drama tamil naddu tu. serius, aku tak main main ni. naik motor je der. bukan motor mahal macam LC ke, atau 125, atau RZ, atau ZR sekalipun, tapi... WAVE! ye ombak, ombak rindu. Wave 150 je der. kami terpaksa ke Semberong disebabkan desakan akak aku yang menginginkan kerepek pisang buatan mummy ku. ada patut dia main order je mintak 3 buah balang kerepek pisang? otak dia! dah aku pulak terpaksa bawak 3 balang tu ke sana naik motor. kau sanggup?

tak, tak... aku bawak satu balang masuk dalam beg galas. lagi dua balang, ayah aku letak kat dalam bakul motor. hanya mengambil masa lebih kurang satu jam saja untuk sampai ke sana, tak lah lama sangat. cuma yang payahnya, jalan nak masuk ke kem tu tak bertar. jalannya berbatu batu, tak diturap dengan tar. bergetar bergegar kepala otak aku bila motor ayah lalu situ. dan aku lagi takut kalau tiba tiba tayar motor pancit. mana taknya, aku kan besar macam anak gorilla. hoho.

apabila tiba saja dekat kem tu, aku terus jumpa kak ngah, wauu, badan dia dah susut sikit walaupun baru saja tiga minggu kat situ. kalau macam ni lah, jadinya... aku nak masuklah PLKN ni. manalah tahu, kot kot aku boleh kurus tanpa kusedari. kah kah kah! 

tak sampai satu jam, ayah dah bersuara nak balik pula. aku terus terang dengan kak ngah, "Aku tak rindu kau pun, gendut." dia sekeh kepala aku, "Aku pun tak rindu kau, gemuk tak guna." tapi, aku memang rindu dia, rindu dengan potpet potpet dia kat rumah. tapi kan... lagi bagus dia kat sana sebab kat rumah boleh lah aku tengok tv sepanjang masa tanpa diganggu dengan bebelan makhluk paling gendut tu! kah kah kah.

sepanjang dalam perjalanan nak pulang, aku selalu tengok cermin sisi motor ayah. yelah, tiba tiba terdetik dalam hati dan paru paru aku, "Eh lawa pulak aku."

eh? sebenarnya sepanjang aku duduk atas motor, aku mesti tengok muka aku kat cermin sisi. berangan. hahahahahahahahaha.

ok, tu je hehe.

No comments: