p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

5 October 2012

Kawan Makan Kawan?

dengan nama Allah Yang Maha Agung...


pernah tak jumpa orang yang sanggup makan kawannya? kanibal kan? yelah kanibal yang dekat afrika, tak pun orang asli. dia orang makan manusia kan? menakutkan.

dah, jangan nak jadi lurus sangat, atau buat buat lurus. apa maksud istilah kawan makan kawan tu? pernah kau orang tahu maknanya? atau kau orang dah memang tahu dan ada pengalaman pernah jugak dimakan oleh kawan kau orang sendiri?

kawan makan kawan bermaksud kawan kita makan daging kita, kemudian dia buat sate cecah kuah kacang. okeh, tu je maknanya. otak kau!

kawan makan kawan membawa maksud sahabat kita sendiri sanggup menganiaya atau membuat sesuatu keburukan kepada kita sendiri. mesti hancur hati dan punah harapan kita kalau sahabat yang selalu bersama kita sanggup aniaya kita kan? peh ayat skema habis. banyak faktor kawan makan kawan ni terjadi, antaranya...



* cemburu atau kejelesan 
jenis kawan macam ni memang dah wujud sejak zaman batu ais lagi, 1400000 (infiniti) tahun dahulu. dia tak boleh tengok kelebihan yang ada pada diri kita. tu kawan yang paling berbahaya. silap hari bulan, dia boleh buat macam macam. contohnya, dia boleh fitnah kita dengan kelebihan yang ada pada kita. misal katalah, budak yang namanya Maimon ni lawa macam artis kpop dan kawannya ni si Tuyah biasa biasa je, cantik ala kadar je. yang si Tuyah ni kebetulan memanglah seorang yang kuat cemburu, perasan bagus and so so on. Tuyah selalu sakit hati dengan kelebihan yang ada pada si Maimon yang cantik macam minah korea, dah pulak si Maimon ni ramai peminat pulak. lagi bertambah lah sakit hati si Tuyah ni. hah kat sinilah mula tercetusnya idea jahat si Tuyah. Tuyah apa lagi, dia geram terus dia jaja cerita kat orang ramai yang si Maimon ni kaki lelaki (sedangkan kakinya tak berbulu macam kaki lelaki). kat situlah dah timbulnya fitnah.


* dendam  

mungkin ada antara kita tak sedar bahawa kita pernah buat kawan kita rasa sakit hati sangat. mungkin dari segi cara kita layan dia, cara kita bercakap dengan dia, and so so so on lah. lama kelamaan dia akan berasa panas hati lalu mulalah lahir sifat dendam dalam hati dia. apabila dia dah mula rasa dendam, tu yang payah tu. sekali lagi aku jadikan Tuyah dan Maimon sebagai contohnya. Maimon ni mulutnya cakap main lepas je. ada patut dia kata Tuyah ni muka macam Papa Zola depan kawan kawan dia yang lain? sikit pun dia tak rasa betapa sakitnya hati Tuyah kerana kawan yang paling dia sayang cakap macam tu. adegan balas dendam pun mulalah tercetus apabila Tuyah sanggup tampar muka Maimon dengan terompah. kawan makan kawan ke tu? haha lantaklah.


Papa Zola yang ku bangga banggakan

kebetulan, aku dah jumpa jenis manusia yang macam ni. kecik kecik dia, boleh tahan besar kepala dia. semua sebab laki dia sanggup kawan makan kawan. dahsyat.

ok tu jelah, tak banyak idea =='


                       Life Quotes, Life Quotes Images, Life Sayings


1 comment:

Jojoyy ;D said...

hehee kelakar. tuyah n maimon.
lastly , tuyah dgn maimon jadi bestfrienddddddddddddddd