p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

25 October 2012

Majlis Graduasi

dengan nama Allah yang Maha Agung...



assalammualaikum dan selamat sejahtera. saya rasa sungguh berbangga sekali dapat duduk satu sekolah dengan Najwa Latif. EH?

okeh, okeh, tak memasal pula... pada tarikh 24 September, iaitu semalam, majlis graduasi a.k.a graduation day telah diadakan. sungguh mengantuk. memang mengantuk, sumpah aku cakap. lagilagi waktu professor dari mana entah yang dijemput hadir dalam majlis tu berucap. mortar board kat atas kepala aku tu dah senget benget. beliau berucap ibarat pengetua sekolah aku sendiri berucap masa perhimpunan hari Isnin. peh punya lama dia membebel sampai aku yang kat belakang dah ngorok.

jubah yang dipakai dahlah beso gedabak. dengan pakai jubah yang gedebeh tu, nampaklah tubuh aku ni gemuk pendek. macam pakai baju tidur kelawar. tak macam pelajar tingkatan lima. aku rasa macam budak darjah enam. betul aku ni 17 tahun? pendeknya aku, cian.



yeyeh, sy dah graduate. selamat tinggal sekolahku, muahmuah



di dalam dewan yang serba serbi indah


pEnDeK tUcK cAyEw *meme*



sorry, muka kawan huahua

apabila sudah habis prof tu membebel kat atas pentas, tiba lah pula acara penyampaian sijil kepada para graduasi. masa tu agak gementar sedikit sebab nak naik atas pentaslah katakan. dah tu, kena pandang muka prof tu, lepas tu kena pandang kamera pulak. muka kena bajet ayu bila pandang kamera. kang kalau buat muka duckface, habis menyesal sampai mati. retak frame nanti. 

alhamdulillah, muka aku bajet macam mak jemah bila posing maut depan kamera sewaktu aku terima sijil kat atas pentas. tapi tak tahulah hasilnya nanti. huhuhu. dan... sewaktu giliran Wawa naik ke atas pentas pula, prof tu bagi special kata sokongan kat dia. amboi. pilih kasih. tak adil. hm...

ok itu saja untuk post pada kali ini. muchos gracias. ayammo.

7 October 2012

Naik Motosikal

dengan nama Allah Yang Maha Agung...



                             


eleh ni mesti fikir...
"budak ni mesti baru first time naik motor. tu pun nak update kat blog. the jakunnesss."
"post yang membosankan... macam anak ayam. NEXT!"

ish, ish, ish... jangan fikir macam tu. itulah, asal tajuk post bosan, mesti post pun turut bosan kan? tulah, typical MALAYS! MALAS.

okeh okeh campak perkataan MALAS itu wahai anak muda dan bakal orang tua! ayuh fokuskan mata kau orang semua baca post aku pada kali ini yang tak berapa nak menarik. kalau tak hingen nak baca, pergi terjun ke dalam loji najis dan berenang renanglah di situ. okeh okeh, gurau manja je. sorry.

pagi tadi, kira kira pukul 10, aku bersama ayah bertolak ke Semberong sebab nak jenguk akak aku yang dah terbiar kat sana. eh silap, nak jenguk akak aku yang kini sedang menjalani proses menguruskan badan dekat Kem PLKN Semberong. nasib baik kem tu tak jauh dari Batu Pahat. kalau tak, lantak kau lah kak ngah. tak ada siapa nak jenguk kau kalau kau dicampak ke kem yang jauh beribu batu daripada Batu Pahat.

jadi, apa kena mengena dengan tajuk 'Naik Motosikal' tu? alah, aku tahu kau orang dah boleh agak. ye, jawapan anda semua tepat sekali. 10 markah setengah untuk kau orang. aku dan ayah pergi sana naik motosikal second hand yang berharga seribu hingget, bayar cash tau. sebenarnya, keluarga aku bukan senang mana pun atau senang kata, kami hidup dalam keadaan serba sederhana. kami tak ada kereta pun, yang ada cuma sebuah motosikal dan tiga buah basikal (sebuah fixie, dua buah basikal jaguar jenis zaman Jepun serang Tanah Melayu). dan yang paling penting, aku ada lapan adik beradik... sekali lagi aku ulang, LAPAN. bukannya lipan. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. eh? tak memasal aku mengarut.

okeh kita hentikan drama tamil naddu tu. serius, aku tak main main ni. naik motor je der. bukan motor mahal macam LC ke, atau 125, atau RZ, atau ZR sekalipun, tapi... WAVE! ye ombak, ombak rindu. Wave 150 je der. kami terpaksa ke Semberong disebabkan desakan akak aku yang menginginkan kerepek pisang buatan mummy ku. ada patut dia main order je mintak 3 buah balang kerepek pisang? otak dia! dah aku pulak terpaksa bawak 3 balang tu ke sana naik motor. kau sanggup?

tak, tak... aku bawak satu balang masuk dalam beg galas. lagi dua balang, ayah aku letak kat dalam bakul motor. hanya mengambil masa lebih kurang satu jam saja untuk sampai ke sana, tak lah lama sangat. cuma yang payahnya, jalan nak masuk ke kem tu tak bertar. jalannya berbatu batu, tak diturap dengan tar. bergetar bergegar kepala otak aku bila motor ayah lalu situ. dan aku lagi takut kalau tiba tiba tayar motor pancit. mana taknya, aku kan besar macam anak gorilla. hoho.

apabila tiba saja dekat kem tu, aku terus jumpa kak ngah, wauu, badan dia dah susut sikit walaupun baru saja tiga minggu kat situ. kalau macam ni lah, jadinya... aku nak masuklah PLKN ni. manalah tahu, kot kot aku boleh kurus tanpa kusedari. kah kah kah! 

tak sampai satu jam, ayah dah bersuara nak balik pula. aku terus terang dengan kak ngah, "Aku tak rindu kau pun, gendut." dia sekeh kepala aku, "Aku pun tak rindu kau, gemuk tak guna." tapi, aku memang rindu dia, rindu dengan potpet potpet dia kat rumah. tapi kan... lagi bagus dia kat sana sebab kat rumah boleh lah aku tengok tv sepanjang masa tanpa diganggu dengan bebelan makhluk paling gendut tu! kah kah kah.

sepanjang dalam perjalanan nak pulang, aku selalu tengok cermin sisi motor ayah. yelah, tiba tiba terdetik dalam hati dan paru paru aku, "Eh lawa pulak aku."

eh? sebenarnya sepanjang aku duduk atas motor, aku mesti tengok muka aku kat cermin sisi. berangan. hahahahahahahahaha.

ok, tu je hehe.

5 October 2012

Kawan Makan Kawan?

dengan nama Allah Yang Maha Agung...


pernah tak jumpa orang yang sanggup makan kawannya? kanibal kan? yelah kanibal yang dekat afrika, tak pun orang asli. dia orang makan manusia kan? menakutkan.

dah, jangan nak jadi lurus sangat, atau buat buat lurus. apa maksud istilah kawan makan kawan tu? pernah kau orang tahu maknanya? atau kau orang dah memang tahu dan ada pengalaman pernah jugak dimakan oleh kawan kau orang sendiri?

kawan makan kawan bermaksud kawan kita makan daging kita, kemudian dia buat sate cecah kuah kacang. okeh, tu je maknanya. otak kau!

kawan makan kawan membawa maksud sahabat kita sendiri sanggup menganiaya atau membuat sesuatu keburukan kepada kita sendiri. mesti hancur hati dan punah harapan kita kalau sahabat yang selalu bersama kita sanggup aniaya kita kan? peh ayat skema habis. banyak faktor kawan makan kawan ni terjadi, antaranya...



* cemburu atau kejelesan 
jenis kawan macam ni memang dah wujud sejak zaman batu ais lagi, 1400000 (infiniti) tahun dahulu. dia tak boleh tengok kelebihan yang ada pada diri kita. tu kawan yang paling berbahaya. silap hari bulan, dia boleh buat macam macam. contohnya, dia boleh fitnah kita dengan kelebihan yang ada pada kita. misal katalah, budak yang namanya Maimon ni lawa macam artis kpop dan kawannya ni si Tuyah biasa biasa je, cantik ala kadar je. yang si Tuyah ni kebetulan memanglah seorang yang kuat cemburu, perasan bagus and so so on. Tuyah selalu sakit hati dengan kelebihan yang ada pada si Maimon yang cantik macam minah korea, dah pulak si Maimon ni ramai peminat pulak. lagi bertambah lah sakit hati si Tuyah ni. hah kat sinilah mula tercetusnya idea jahat si Tuyah. Tuyah apa lagi, dia geram terus dia jaja cerita kat orang ramai yang si Maimon ni kaki lelaki (sedangkan kakinya tak berbulu macam kaki lelaki). kat situlah dah timbulnya fitnah.


* dendam  

mungkin ada antara kita tak sedar bahawa kita pernah buat kawan kita rasa sakit hati sangat. mungkin dari segi cara kita layan dia, cara kita bercakap dengan dia, and so so so on lah. lama kelamaan dia akan berasa panas hati lalu mulalah lahir sifat dendam dalam hati dia. apabila dia dah mula rasa dendam, tu yang payah tu. sekali lagi aku jadikan Tuyah dan Maimon sebagai contohnya. Maimon ni mulutnya cakap main lepas je. ada patut dia kata Tuyah ni muka macam Papa Zola depan kawan kawan dia yang lain? sikit pun dia tak rasa betapa sakitnya hati Tuyah kerana kawan yang paling dia sayang cakap macam tu. adegan balas dendam pun mulalah tercetus apabila Tuyah sanggup tampar muka Maimon dengan terompah. kawan makan kawan ke tu? haha lantaklah.


Papa Zola yang ku bangga banggakan

kebetulan, aku dah jumpa jenis manusia yang macam ni. kecik kecik dia, boleh tahan besar kepala dia. semua sebab laki dia sanggup kawan makan kawan. dahsyat.

ok tu jelah, tak banyak idea =='


                       Life Quotes, Life Quotes Images, Life Sayings


2 October 2012

Gundah dan Gulana

dengan nama Allah Yang Maha Agung...



bismillahhirrahmannirrahim.

Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah



ceh, gundah gulana. ya, memang di kala waktu ini aku merasakan diri aku dalam keadaan yang tidak tenang. sebab apa mungkin? hmm, trial spm. disaster, disaster... and disaster.


tak mahulah aku luahkan mengenai keputusan trial yang tak berapa nak 'best' sangat tu. menyesal, sungguh menyesal. tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata yang sungguh menyedihkan gitu. kini, tinggal lagi sebulan sahaja. wooh, sebulan je der. sebulan nak apa? sebulan lagi nak kahwin? gatalnya kau fikir perkara yang tinggi melangit tu. tu tunggu 5 tahun lagi ya?


rasa macam tak ada mood nak karang. tapi tak apalah, sekadar nak menambah bilangan post sudah memadai.  lagipun sudah lama aku tak jenguk blog aku yang dah terlalu usang ni. T.T


oklah, bye.