p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

4 August 2012

Teman Sejati yang Tersejatnya Sifat Sejatinya

dengan nama Allah Yang Maha Agung...






Selama ini kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci
Bersyukur kini padaMu Ilahi
Teman yang dicari selama ini
Telah kutemui

*(menyanyi dengan penuh khusyuk sambil membajetkan suara selunak yang mungkin)




teman sejati. adakah kau orang semua dah jumpa teman yang sejati? alhamdulillah aku ucapkan jika kau orang dah menjumpainya. teman sejati ibarat saudara kita sendiri. teman sejati itu skopnya luas. sesiapa sahaja yang kita kenali boleh menjadi teman sejati kita sendiri. sama ada adik beradik kita sendiri, kawan-kawan kita, ibu bapa kita, atau mungkin suami atau isteri kita, dan juga guru kita...

aku mempunyai ramai kawan. memang ramai. tapi, ramai mereka tak menemukan aku dengan teman sejati aku. aku perlukan teman sejati buat masa kini. teringin sangat. teman yang boleh memberi kata kata nasihat, sokongan padu, dan yang boleh membimbing aku menuju Hidayah Allah.

tapi sekarang, aku memang sudah ada kawan yang baik. ya, dia memang baik. tapi, baiknya itu tak istiqamah. bukan aku mahu menilai keburukannya, cuma aku tidak berpuas hati dengan sikap rakan aku yang seorang itu. dia memang cukup baik dengan aku, tak pernah sekali pun aku bertikam lidah dan bertarung tangan dia secara serius (selalunya dia gemar memukul mukul aku dengan tangan dia yang gagah tu). dia seorang yang kelakar gila nak pengsan. suka buat ayat yang lawak yang boleh jadi ikutan kawan kawan aku yang lain. contohnya, 'macam dah gila je kau ni'. kelakar tak? =='

tapi... aku selalu berkecil hati dengan dia. aku dan dia tidak duduk dalam kelas yang sama. disebabkan hal tu, aku tidak selalu bersama dengannya. mulalah segala aktiviti yang dibuatnya jarang aku ikut serta. dia tak beritahu langsung kat akupun. ah, mungkin aku penyibuk bagi dirinya. kadangkadang, pemikiran dia dan aku tidak sama dan tidak sepadan. dia tetap dengan pendirian dia, aku tetap dengan pendapat aku. seperti aku  taip tadi, aku perlukan teman yang memberi nasihat kepada aku, bukan aku yang menjadi teman yang memberi nasihat. aku bukannya penasihat yang baik, malah aku tak berguna langsung. kalau aku bernasihat, alamat orang yang mendengar nasihat aku itu akan terpesong perangainya =='

tapi... aku gembira dapat berkawan dengan dia. dia memang baik hati. dia tahu aku bukannya jenis orang berada. selalu benar dia belanja aku, banyak hutang budi aku kat dia. walaupun dia teman yang tak berapa sejati, tapi aku tetap bersyukur dapat berkawan dengan dia. boleh dikatakan, hampir 90% hidup aku bahagia disebabkan adanya dia dalam hidup aku.





oh schuweetnyer ada teman sejati, ibarat hubungan erat Span Kuning dan Tapak Sulaiman Pink. sekian, terima kasih :B

No comments: