p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

11 August 2012

Kejar Mengejar

dengan nama Allah Yang Maha Agung...


peristiwa petang tadi membuat diriku merasa meluat dengan lelaki zaman sekarang (tak semua lelaki mungkin). selepas aku pulang dari program kecemerlangan SPM yang agak 'memberangsangkan' di sekolah, aku terus tidur di dalam bilik ku yang terdapat kipas angin yang agak dingin hawanya (tidaklah sedingin seperti pendingin hawa). tiba-tiba tidur aku diganggu dengan suara yang menjerit jerit sumbang mambang memanggil namaku. aku tahu itu suara ibuku. aku sekadar menjawab panggilan itu dengan "emm..."

ibuku memarahi aku, "Haisy kau ni. Emm emm, tapi tak keluar dari bilik jugak. Ni haa kawan kau datang!" aku terus berdiri tegak 90 darjah bangkit dari atas katil. aku dapat rasakan tekak aku sungguh kering pada saat itu. sekering padang pasir yang tidak pernah dicurahi hujan. dengan mata terpisat pisat sambil mendepakan tangan menggeliat, aku melangkah keluar dari tamar kamar ku. aku memandang pintu di ruang tamu. ohh, dia rupanya.

"Dayah, jom temankan aku pergi fotostat." kawanku mempamerkan senyuman kambing gurun apabila melihat muka blur aku muncul di muka buku pintu. aku hanya mengangguk lemah. kenapa mesti aku? baru tadi aku selesa menikmati tidur yang cukup cukup nikmat sekali. kenapa mesti ada saja cobaan yang mengganggu? tanpa membuang masa, aku terus menyambar tudung indon ku berwarna hitam, lalu aku memakainya di muka. eh silap, aku lupa fungsi tudung ini. ini bukannya purdah, tetapi tudung. tudung yang sepatutnya dipakai di kepala =='

"Dayah, kau tolong bawakan motor ni. Sekian, terima kasih."

dia memang selalu begitu. memang aku ini tukang penunggang motorsikal baginya, walaupun motorsikal itu miliknya. ya, aku ikut saja permintaannya tanpa banyak membuat alasan yang memang 100% tak mungkin dia akan terima. dia ada alasan yang tersendiri untuk menyuruh aku menunggang motorsikal. mahu tahu apa sebabnya? dia seorang pemalu. dia akan berasa malu apabila orang sekeliling melihat dirinya ketika menunggang motorsikal. silap hari bulan, dia boleh kemalangan akibat rasa malunya yang tak bertempat. itulah ta-bi-at-nya =='

perjalanan ke kedai fotostat mengambil masa lima minit. manakala menunggu bahan bahan untuk difotostatkan mengambil masa lebih kurang tujuh minit. jenuh aku menongkat daguku di atas meja menunggu yang telah disediakan di kedai itu. dalam pada masa yang sama, kawanku itu berpotpet potpet menceritakan perkara itu dan ini. aku hanya mengangguk ngangguk dan menggeleng geleng. haus sungguh tekak aku sehinggakan malas membuka mulut dan membalas balik apa yang dipotpetkan oleh kawan aku yang kelibut itu.

dalam perjalanan pula, ya kita sudah berada di klimaks cerita... kami dikejar oleh dua orang ekor pemuda babun tenuk (maaf agak kasar, tapi aku peduli apa). mereka tiba tiba muncul di belakang kami. pada mulanya, aku memang optimis bahawa mungkin mereka memang mahu melalui jalan yang sama dengan kami. tapi sangkaan aku terus meleset tergelincir apabila motorsikal yang dipandu oleh salah seekor babun tenuk itu cuba menyaingi motorsikal yang dipandu ditunggang oleh aku. aku memandang tajam ke arah mereka. muka dua ekor babun tenuk itu sejibik macam tongkang pecah (bukan menghina, tetapi kenyataanlah). salah seekor babun tenuk yang menunggang motorsikal itu memulas mulas minyak dengan bunyi verum verum aum aum... dia mencabar aku nampaknya.

aku apalagi, pantang keturunan jawa pekat toktok kayak aku dicabar dengan sewenang wenangnya. aku terus memecut laju motorsikal berjenama Honda Kriss yang 'klasik' itu dengan daya pecutan yang paling maksima tanpa ada unsur nyahpecutan. dah melalut pulak aku ni, tersesat unsur Fizik. tanpa takut dan gentar dengan halangan di hadapan aku, aku terus merempit. babun tenuk itu cuba mengejar aku dengan cepat. aku memandang cermin sisi belakang. dahh, dia makin hampir. segala bendul bendul aku main langgar saja tanpa menekan brek. habis dagu kawan aku itu terhantuk di bahu ku yang gagah ini. babun tenuk sudah menyaingi aku, kawan aku mengeluarkan suara Angry Bird yang 'uwak uwakk' bunyinya. dah itu memang ta-bi-at-nya bila dah malu campur panik disebabkan dua ekor babun tenuk itu tersenyum ala ala menggatal ke arahnya.


ni hah babun tenuknye


aku memaki hamun dalam hati. aku benci dengan babun babun tenuk ni. aku semakin menghampiri rumah, tetapi babun babun tenuk itu masih mengekori kami. babak kejar mengejar masih belum tamat nampaknya. aku tidak boleh terus memberhentikan motorsikal di hadapan rumah, tak pasal pasal dua ekor babun tenuk itu akan berkata, "Oh ni rupanya rumah budak tu." oh tidak, aku tak mahu.

aku cuba mengambil inisiatif lain yang lebih efektif. aku sudah melepasi jalan menuju ke rumah aku. aku terus memecut memasuki jalan lain sambil menyelit nyelit di lorong lorong kecil. kalau diikutkan, saat itu tidak ubah seperti babak aksi dalam filem. aku berani mengakui bahawa aku merupakan penunggang motorsikal yang hebat dan cekap walaupun masih belum mempunyai lesen :B

setelah berhempas pulas, akhirnya taktik aku berjaya. dengan cepat dan pantas, aku terus memasuki rumah aku dengan motorsikal kawan ku sekali bagi mengelak daripada dilihat oleh dua ekor babun tak guna tu. dua ekor babun itu tidak berjaya mengesan kami lagi. aku melonjak kegembiraan HAHA

No comments: