p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

29 July 2012

Bahasa Inggeris yang 'Oh'

dengan nama Allah Yang Maha Agung...



me and him ahaha



salam semua. semoga sihat dan ceria ceria selalu. tak lah macam diri ini yang selalu dirundung kemuraman sepanjang hari ahad ini. habis rosak penggunaan bahasa Melayu aku. oh tidak mengapalah. perkara tu tak mendatangkan apa apa impak yang buruk terhadap bangsa, agama dan negara kan?

hari ini merupakan hari kesembilan dalam bulan Ramadhan. yess, aku masih boleh bertahan! yeah, yeah, yeah... (sambil menggoyangkan kepala ke kiri dan ke kanan, dan berpusing pusing 360 darjah). biarlah saat ini berterusan sehingga hari terakhir berpuasa. oh alangkah sukanya aku. HAHA

pada pukul 10 pagi tadi, aku telah menonton Oh My English! aku termenung, teruk sangat ke bahasa Inggeris kita (rakyat Malaysia)? aku terpaksa mengaku, memang DISASTER. termasuklah aku juga. setakat tengok orang bercakap dalam bahasa Inggeris memang aku senang faham. tapi kalau empunya badan sendiri berspeaking Londeh London, oh payah payah aku cakap kau. sebenarnya aku bolehlah buat karangan BI tu, tapi tahap grammar, vocabulary, idioms and so so onlah... aku miskin. kenapa lah BI tak semudah, sesenang bahasa Melayu. kalau bahasa Melayu, kita sebut senang je. macam perkataan LIPAS. kita sebut dengan suku kata LI-PAS kan? kau bayangkanlah kalau perkataan BI seperti COCKROACH. hah macam mana nak sebut kalau kita first time nak belajar BI? dah tentu lah kita sebut perkataan tu dengan suku katanya, macam ni... COCK-RO-ACH... hamboi, payah bukan?

setakat ni, aku tak pernah gagal dalam subjek ni. alhamdulillah. tapi itu tak memadai selagi aku masih belum menguasai bahasa tersebut seperti aku menguasai bahasa Melayu. that's not enough! bukan ke indah rasanya kalau kita berbahasa Inggeris dengan rakan kita sendiri? berbahasa Inggeris tanpa rasa ragu dengan penggunaan grammar dan vocabulary yang sudah sememangnya tepat dan tiada kesalahan pun. kau orang tak rasa ke itu merupakan satu perasaan yang agak mengujakan? bolehlah kita berlagak sikit. oh my gucci... apabila log in akaun Facebook, Twitter mahupun Blogger sekalipun, kita tak dapat lari daripada melihat rakan rakan kita di laman sosial petah berbicara bahasa Inggeris. aku mahu membuat pengakuan bahawa aku memang geram dengan mereka kerana yakin berbahasa Inggeris. tapi kalau aku? setakat copy paste ayat BI yang sedap dibaca dan menarik perhatian yang berkemungkinan akan mendapat Like yang melebihi 20 untuk di'update'kan di Facebook bolehlah aku buat (selalu juga aku buat begitu).

siapa sangka aku sebenarnya merupakan AJK subjek Bahasa Inggeris. mana lah aku mahu letak muka aku ni? apabila Puan Siti Zubaidah iaitu guru subjek tersebut berbicara dalam BI dengan diriku yang daif ini, aku hanya menganggukkan dan mengiyakan kata katanya saja. itu sajalah yang aku mampu buat. pernah sekali aku berbahasa Melayu dengannya...


Aku : Cikgu, bila nak pass up hand in semua kerja ni?
Cikgu : Hidayah, don't speak any languages except ENGLISH only!
Aku : But why teacher? Why? Why? (sambil memusingkan kepala ke kanan dan ke kiri)
Cikgu : I'm your English teacher. So speak in English lah? (perkataan 'lah' bukan dalam bahasa Melayu ke?)
Aku : Oh, I'm sorry teacher. My bad huhuhu. (sayunya)
Cikgu : If you speak in Malay, you'll don't get A+ in your English. Understand?



ye, aku 'understand' sangat.  mulai saat itu, aku terus berbahasa Inggeris tapi hanya pada waktu untuk subjek BI sahaja. cikgu banyak menegur grammar error sepanjang aku berbahasa Inggeris di kelasnya. aku terpaksa hentam semberono speaking. itulah, mahu sangat aku berspeaking kan?





oh teacher, i really want to pengsan because of this kind disaster.

OME! #ohmakengkau!

26 July 2012

Kemengantukkan?

dengan nama Allah Yang Maha Agung...


hari ini, 26 Julai 2012 bersamaan dengan 5 Ramadhan 1433H. alhamdulillah, daripada hari pertama sehingga hari ini (hari kelima) aku masih survive. maknanya aku masih berpuasa penuh. belum lagi angkat bendera jepun sambil menangis *uhuk uhuk*. biarlah puasa pada tahun ini tiada kes ponteng yang akan berlaku. kalau tidak, aku memang payah dan liat sekali hendak berpuasa ganti (biasanya ganti pada saat saat akhir) *huhu*

kau orang semua tahu tak, pada saat sekarang, kaki ku digigit nyamuk yang berbelang hitam putih. itu bermakna i was blogging at midnight =.=' HAHA. tak memasal pula aku menaip perkara yang tak berfaedah. *ish ish*





aktiviti harian pada bulan ramadhan sedikit sebanyak memberi aku satu perubahan. ya, perubahan. perubahannya adalah... aku semakin menjadi pemalas. pemalas yang aku maksudkan di sini ialah aku selalu saja membuat 'najis mata' di sekolah. terutamanya pada waktu pagi sebelum masuk ke kelas. kebiasaannya aku akan pergi ke sekolah pada pukul 6.05 pagi. ya, terlalu awal. kamu semua bayangkanlah di kepekatan pagi buta, matahari belum lagi memunculkan diri dan cahayanya lagi... aku sudah berangkat ke sekolah. itupun bukan secara sukarela. cuba beritahu aku, budak sekolah mana yang suka sangat ke sekolah sejurus saja selesai melaksanakan solat subuh? dan paling mengharukan, aku tidak boleh tidur seketika selepas bersahur dan solat subuh di rumah. jadi, aku melelapkan mata saja di kantin bersama tiga orang rakanku sebelum masuk ke kelas pada jam 7.00 pagi. aku sungguh mengantuk!

dan pada waktu pembelajaran, terutama kelas Pendidikan Islam, aku selalu membuat 'air liur basi'. ustaz yang mengajar aku bagi subjek tersebut ialah Ustaz Hj Mohd Ruslami. ustaz sangat baik hati, murah dengan senyuman yang comel, sentiasa membuat lawak yang tak berapa nak lawak sangat (hanya aku seorang saja yang gemar ketawa dengan lawaknya yang tak berapa nak lawak). ustaz juga jenis yang sporting, itu pendapat aku. sebab apa aku kata dia seorang yang selamba? nak tahu? dia benarkan aku tidur di dalam kelasnya ^________^

kadangkadang, aku rasa tak sedap hati juga dan kurang sopan sewenang wenangnya meletakkan kepala di atas meja sambil mata tertutup rapat dan mulut sedikit ternganga apabila dia sedang khusyuk mengajar. aku rasa sangat bersalah. aku bukannya tak berusaha sedaya upaya menghapuskan rasa mengantuk yang maha dahsyat, tetapi rasa mengantuk itu tetap menggoda goda aku supaya tidur walaupun cuma 5 menit sahajaaa. nauzubillah.

akhirnya aku membuat keputusan...

(aku bangkit dari tempat duduk dengan mata terpisat pisat)
Aku : Ustaz, boleh saya ke tandas?
Ustaz : Kamu sudah nyenyak tidur wahai Nur Hidayah?
Aku : Belum lagi, ustaz.




ustaz ketawa. aku tersengih. ok itu saja untuk malam ini. tata dan salam :)

19 July 2012

Ramadhan 1433H, 2012M

dengan nama Allah Yang Maha Agung...












assalammualaikum anda semua? adakah anda semua sihat-sihat belaka? aku harap kalian semua sihat walafiat dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT serta bahagia di samping keluarga yang tercinta. saya pula sedang menghidapi sakit tekak yang peritnya tidak terperi. selain itu, saya juga mengalami seram seram sejuk pada tubuh badan saya. di samping itu juga, saya mengalami selesema yang agak parah sehinggakan hingus saya meleleh apabila terbersin ==' APAKAH? ayat apa yang aku taip ni? nampak terlalu skema dan tersusun kemas sekali. bak ingin menulis surat kiriman tidak rasmi format SPM. arh loya tekak aku menaipnya.


berbalik pada topik yang ingin aku taip hari ini. pejam celik, pejam celik, pejam tak celik celik... kita dah menghampiri Ramadhan Al Mubarak. seronoknya bila mengenangkan suasana ketika sahur, apatah lagi ketika berbuka puasa. aku cuma begitu berharap agar tekak aku ni cepat cepatlah baik. aku tak sanggup menahan keperitannya. hampir setiap masa aku minum air masak yang aku bawa dari rumah sewaktu sedang belajar di dalam kelas. habis buncit perut boroi aku ni. dan, hampir banyak kali juga aku sering berulang alik dari kelas ke tandas disebabkan asyik nak buang air kecil je. kejap... ayat aku skema ke sekarang? ah, peduli hape?


pagi tadi, aku bawa bekal ke sekolah. nasi goreng kampung buatan ayah aku yang hebat tu, hoho. ini sudah kali ketiga aku bawa bekal ke sekolah. memang terlalu jarang, atau memang susah nak nampak aku bawa bekal sendiri ke sekolah. selama ni, aku hanya beli bekal kat kawan aku saja. sebungkus, sehingget je. aku tak mampu beli makanan di kantin sebab kedaong, kedekut, mahal tahap dewa, tak berapa nak menarik nafsu makan aku and so so on lah. aku cuma bawak dua hingget, kadangkadang tiga hingget. mana cukup nak beli makanan untuk kenyangkan perut aku?


aku rasa aku dah lari tajuk. ok, kita kejar balik tajuk pada kali ini. pada 2012 ini, 1 Ramadhan jatuh pada tarikh 21 Julai. jadi, berkemungkinanlah kita merdeka raya lagi tahun ni. macam tahun lepas kan? aku berharap sekali Ramadhan tahun ni dapat mentransformasikan aku dari segi perangai aku, penampilan aku, perbuatan aku, dan macam macam lagi. masa Ramadhan ni lah kita kena topup balik pahala, tebus balik dosa pada bulan bulan lepas. kalau nak dikenangkan, memang banyak dosa aku pada Allah. apatah lagi dengan sesama umat. begitu berdosa sekali, rasa macam dosa dosaku itu seluas lautan China Selatan, ataupun mungkin seluas lautan Hindi, atau selat Tebrau? mengarut je aku ni.












petang tadi, aku ternampak kira kira 6 buah kotak kecil berisikan kurma. aku ternampak perkataan 'Yusuf Taiyoob'. wow, dah beli kurma nampak? 'Aku : Banyaknya kurma, yah. Ayah : Biarlah. Ayah nak makan kurma banyak banyak.' ahaha aku tergelak. apa motif ayah beli kurma banyal banyak? takkan hanya sebab suka sahaja kan?


ok tu je, tabarakallah. bye :3

16 July 2012

5 Bulan yang Lama

bermula dengan nama Allah yang Maha Agung...


lamanya aku biarkan blog aku ni. aku dah ketandusan idea untuk menconteng conteng bagai, mencari cari idea yang sudah lesap ke mana, menyusur ruang minda nak mencari ayat ayat yang sarkastik, HAHA. ok, memang agak susah nak menjadi penulis blog yang berwibawa, berilmu tinggi dalam menyusun ayat, and so so on lah. kadangkala, aku terfikir juga... apa yang aku terfikir ya? entah, aku saja je taip soalan tu. hmm...

banyak yang berlaku dalam tempoh lima bulan ni. kalau nak dicerita lah dari A ke Z atau dari angka 0 hingga ke angka infinity, sampai tahun depan atau tahun ke seterusnya, aku tak mampu nak habiskan. mungkin epilognya memakan masa 6 bulan, haha entahlah. pada tarikh 29 Mac 2012, adik lelakiku sudah selamat dilahirkan. wajahnya secomel aku, setembam aku, sekiut miut aku. eh entahlah. tapi tu kenyataan, kawan aku yang cakap. mungkin dia memuji secara gurau agaknya. tak apalah, aku anggap tu kenyataan yang sangat sangat serius dan boleh juga dijadikan fakta. HAHA. ok berbalik semula kepada adik lelaki aku yang secomel aku tu. Muhammad Nashriq Zafran... sedapkan namanya? jangan risau, nama tersebut ada definisnya tersendiri. aku pun lupa maksudnya, mungkin aku akan bagitahu maknanya pada post yang 'akan' datang. harap haraplah kan? 

Nashriq atau Zafran, aku lebih suka memanggil dengan nama Nashriq sebab aku yang namakan dia begitu. tetapi bagi nama Zafran pula, sebaliknya. kawan kepada ibuku yang juga sebaya dengan abangku menamakan adikku dengan nama Zafran. nama dia Zafirah. dia suka nama Zafran. beriya iya dia menyuruh ibuku menamakan adik lelakiku yang secomel aku dengan nama Zafran. pada mulanya, hanya Muhammad Nashriq sahaja. tapi akibat hasrat Kak Zafirah itu, maka terwujudlah nama Muhammad Nashriq Zafran dalam dunia ni. aku mampu terima dengan hati yang agak senget sedikit. dalam kebanyakan sedara maraku, mereka lebih suka dan gemar sangat memanggil adikku dengan nama Zafran. iyalah kan, sedaplah kononnya. sesedap kuih bakar buatan Mak Kiah. tak apalah, biarlah hanya aku seorang saja yang memanggilnya Nashriq. memang agak susah nak menyebut Nashriq tu, tapi dah nak buat apa lagi. aku memang berkenan dengan nama tu. selalunya kadangkadang, aku tersilap sebut. nak tahu apa yang aku sebut? Shrek...




akibat dari nama tu, aku mula terbayang wajah comel adik aku yang sememangnya secomel aku dah menghampiri ke arah wajah Shrek. lagi lagi bila dia mengamuk sebab tak dapat susu Dumex.