p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

13 February 2012

Malaslahhhhh

assalammualaikum dan salam sejahtera...




apa motif gambar ni?


aku sebenarnya memang malas sangat nak update blog nih. dah bersarang lelabah. mana taknya, sibuk dengan sekolah. jangan main-main woh, bila dah naik ke tingkatan lima ni, hari-hariku dipenuhi dengan kerja sekolah yang tiada putusnya lah *ceh ayat bajed lembu


kadang-kadang aku online jugak lah *kadang-kadang ke? haish tipu* tapi aku tak ada nafsu nak update blog. tak ada idea lah nak update. takkan nak update pasal jejiwang punya bisnes? mesti korang muntah hijo nak baca, aku pun sama lah nak update post macam tu HAHA. 


aku setakat bukak fb dengan layan twitter je, blogger haram nak dibukaknya. serabut seh blog aku ni, macam halammm *(haram + halal)* and then, kerja sekolah tak cakap pulak. memang sentiasa menimbun. sah, aku pun dah jenis yang suka tangguh-tangguhkan kerja memang padan dengan muka aku lah. tulah, siapa suruh jadi pemalas? memang budak tak guna lah aku ni *T____T* kalau buat kerja sekolah pun, aku buat separuh jalan. sekerat jalan lagi, aku meniru je ler hasil titik peluh masam kawan sebelah aku kat kelas. kau memang terhebat lah Fatin Syazana *terima kasih bebanyok ye*


nak tahu apa aku buat kat sekolah? aku suka tidur. tapi bukannya tidur masa cikgu tengah mengajo, tu bahaya. kang aku tak paham sepatah haram susah jugak, terpinga-pinga nanti aku. bila ada kesempatan je aku ngorok. contohnya bila time rehat. kau orang ingat aku makan ke time rehat tu? takdenye lah, dah rehat, rehat jelah jawabnya. aku tidur sepuasnya. budak lain sibuk mencekik kat kantin, aku sibuk tidur kat kelas. kadang-kadang ada jugak pengawas halau aku keluar dari kelas time rehat. kalau tak tidur kat kelas, aku pi perpustakaan je. tingkat atas kelas aku je. memang enak bebeno tidur kat perpustakaan, sejuk sekali haha.


pada tarikh 9hb Feb, aku dah ada exam bulanan. lah bersepai hotak aku. menyesal aku study last-last minute, kelam kabut. aku rasa nyesal sesaat. masa ujian Math Mode, peh otak aku beku bak aisberg. boleh pulak aku tak tahu nak guna kalkualtor untuk bab Number Bases. omg omg omg!!! bengong, bahangong, bolon-bolon semua keluar lah. bila masa dah nak habis, aku terpaksa main hentam sajalah jawabnya. menitis hingus aku mengenang moment tuh ...


jadi, janganlah study last-last minute =='











p/s: Valentine boleh sambut ke?