p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

21 December 2011

No Wordless Wednesday

assalammualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan... *malas nak taip 1Malaysia =='*




setelah hampir, emm... satu, dua, err tiga, empat, hmm lima, er enam minggu agaknya kita cuti, aku rasakan hari-hari yang aku habiskan sepanjang cuti sekolah ni membosankan. tak chill langsung, tak daring langsung, tak interesting gitu... haihh, betapa bosannya kan.


nak update blog, tapi tak ada bahan nak ditaipkan. biasalah, blogger lain bukan main update post pasal cuti sana sini, keluar sana sini, hang sana sini. tapi aku? t(-_-) ...


setakat udpdate blog tentang menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah di rumah buat apa deh. lainlah rumah aku tu ada funfair. wakakaka gila. kalau nak harapkan facebook, hmm lagi mcam harem. aku layan game je, game pun layan aku.


semua hari sama je bagi aku. buat benda yang sama. berulang-ulang kali... naik gila aku dibuatnya mak oi. layan adik-adik aku main mak-mak, main masak-masak.. tu jelah yang mampu aku buat bagi membalas jasa adik aku yang selalu turun naik ke kedai belikan top-up untuk aku. ha ha ha *ketawa sepatah-sepatah*


hari ni aku cer cuba buat nasi goreng. bukan sebab rajin, cuma aku rasa sayang tengok nasi putih yang aku masak semalam tak terusik langsung. semalam keluarga aku makan maggie je, mak aku tak masak, stock maggie berlambak. so, maggie je lah menu semalam. 


aku bersungguh-sungguh nak menghasilkan nasi goreng yang lazat lagi enak pada pagi tadi. kopek bawang sampai mengalirkan air mata, betapa gigihnya aku. tapi sayanglah, nasi putih tu lembik sikit. tu yang buat nasi goreng aku tak berapa nak menarik dari segi fizikalnya. wakaka... bila siap je nasi goreng speSIAL special aku tu, aku jamah lah sikit. rasanya UMPHHH, boleh lah ==' 


tapi yang menyedihkan aku, nasi goreng tu tak terusik langsung sejak pagi tadi sampai ke petang. kesian nasi tu menangis. adik-adik aku tak kesiankan kat nasi tu ke? sedih... haram betul sorang pun tak berani nak makan nasi goreng tu. okbai.








p/s: Mood memang tak stabil

No comments: