p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

2 December 2011

Sekadar Luahan yang Terluah

assalammualaikum dan selamat sejahtera... serta salam satu malaysia!




yang dihormati, tuan... ececeh, dah macam ucapan dalam perhimpunan sekolah pulak gayanya ye? mentang-mentanglah dah tiga minggu cuti. eh jap... tiga minggu ke? entahlah, waa taraa tahu maa! kerja sekolah pun tak diusik lagi, kang kalau usik mesti asyik ditangguh-tangguh je. jenis buat kerja separuh jalan je, tak pernah siap on that time jugak. lainlah kalau beyak, mana boleh tangguh-tangguh HOHOHO~


cuti sekolah ni memang membosankan. tapi kalau tak cuti pun, payah jugak kan? payah nak bangun pagi-pagi, payah nak beratur time perhimpunan, payah nak belajar dekat kelas, payah nak tahan mengantuk kat time cikgu tengah mengajo, payah nak mengadap muka pakcik guard kat pintu pagar tiap-tiap hari, payah nak naik turun tangga,  payah nak bawak buku banyak (apatah lagi dah naik tingakatan), payah nak tu payah nak ni, semua payahlah...


tapi, apa yang tak payahnya? tak ada yang tak payahnya bila kita menuntut ilmu. setiap kepayahan yang kita lalui semua, pasti ada ganjaran yang menanti. mana boleh ambil jalan senang je nak berjaya, mesti rasa susah dulu. bila kita selalu merasai kesusahan, mesti kita akan terbiasa dengan keadaan tu. contohnya, kalau lah kita yang sekarang ni dah hidup dalam keadaan mewah tiba-tiba je ada musibah mendatang, kita tak akan ada masalah membiasakan diri hidup dalam keadaan sedemikian jika kita dah pernah merasai kepayahannya dulu. itulah pesanan yang nenek aku selalu cakap. tengok nek, cu dah pandai ikut cakap nenek. hehek~


kadang-kadang tu, aku fikir sesorang. boleh ke aku banggakan orang tua aku bila aku dah besar? mampu ke aku cemerlang dalam SPM nanti? aku memang tak tipu yang aku rasa aku tak mampu. tahap keyakinan diri tu memang rendah sangat. mana tidaknya, belajar pun last-last minit, baca buku pun yang-yang yok (main-main), dekat kelas pun malu nak bertanya cikgu... penakut punya budak. result pun cukup-cukup makan. ni semua sebab penyakit MALAS. macam mana lah aku nak nasihatkan diri sendiri? orang lain memang tak boleh tolong melainkan diri kita sendiri yang tolong ubah. budak, budak...


jadi, aku harapkan doa dan amal ibadat aku mampu mengemabalikan semangat aku untuk belajar bersungguh-sungguh demi SPM 2012 dan so so on... haha~ InsyaALLAH, Allah tu Maha Mendengar doa daripada hambanya. rasa macam nak buat transformasi diri ke arah yang lebih baik, lebih cekal, dan lebih lebih RAJIN. yeah, rajin! InsyaALLAH!


bestkan tengok akak-akak dngan abang-abang ni berjaya


post kali ni aku cuma tulis perkara yang perlu aku ingatkan pada diri aku sendiri. maaflah kalau bosan HAHA. kbai.








p/s : Abang aku dah nak habis sem :D

No comments: