p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

5 December 2011

Maggie Cara Aku!

assalammualaikum dan selamat sejahtera... serta salam satu malaysia kawan-kawan semua. 




hari ni, hmm... aku lapar, lapar dan lapar. kelaparan yang sungguh dahsyat sebab dah dua hari aku makan maggie je. jemu tengok maggie, maggie pun jemu tengok muka aku. dulik ahh kalau maggie ni jemu tengok muka aku. pfffftttt!


walaupun maggie hanya berharga RM1.00 (kedai runcit dekat kawasan rumah aku). tak tahulah korang semua boleh dapat yang lebih murah daripada tu. sedar tak sedar, memang harga maggie makin naik. dulu, boleh jugak aku boleh dalam enam pocen jer. tapi sekarang, pehh naik mendadak weh. sedar tak, sedar tak? eh, sedar tak???


malas nak bebel, malas nak pot pet, aku nak share cara aku masak maggie macam mana. tak tahu pulak cara korang macam mana. hoho!

bahan-bahansatu  peket maggie (tak kiralah perencah apa pun)air (dalam 2 cawan)


bahan-bahan jadah ni memang penting sangat-sangat sebab kalau tak ada bahan ni, kau nak makan apa hah, pandai? setakat air dengan paket maggie tu je dah kira maggie korang lengkap. tapi tak sedap lah macam tu, aku pon tak selera nak makan kalau tak ada bahan-bahan lain. nenek yang tak ada gigi je boleh makan.


bahan-bahan lainsejibik telur ayam (jangan telur puyuh)lada cili (ni tersangat penting gila gaban)bawang yang dah dihirisbeberapa helai daun sawiserbuk lada sos tiram*daging ayam atau daging apa-apa jelah



  1. panaskan air dalam periuk dalam 2 minit gitu.
  2. bila air dah mendidih, masukkan perencah maggie dulu, lepas tu barulah letak mi maggie nya ye. 
  3. dah tu, kau campak je lah segala jenis lada cili, bawang, sawi dan macam-macamlah kecuali... telur dengan sos tiram. telur tu sat.
  4. okeh, bila dah siap semua korang terus masukkan maggie tu dalam mangkuk ajaib.
  5. telur pulak biasanya aku goreng, tapi telur dadar tau. aku kacau telur tu dengan sos tiram. baru berasa sikit telurnya tu. then, gorenglah dalam kuali yang panas.
  6. kemudian, letaklah telur goreng tu dalam mangkuk ajaib. siap! walaaaaah!




ni lah hasilnya, er...




aku paling suka kalau letak lada cili banyak-banyak. wohhh, berapi! selera aku kan, selera kau macam mana pulak?




p/s: Sepupu aku nikah Jumaat ni. Lalala~

2 comments:

Khuzrin Kamarudin said...

Sumpah aku tengah lapar time tengok maggie tu... :(

Hidayah Delilaz said...

kahkah maggie yg kiut miut :D