p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

8 December 2011

Magelek yang Bergolek-golek

assalammualaikum dan selamat sejahtera ... serta salam satu malaysia kawan-kawan.






pagi tadi aku bangun dari tidur agak lambat. aku bangun terus ke bilik air untuk... basuh gigi dan cuci muka je. setakat hilangkan najis gigi, najis mata dengan ayaq liyuq basiq tu udah ler, haha. aku tak mandi sebab nak kena basuh baju bertimbun dekat bilik air. bila dah basuh baju tu, aku tak ingat dunia. memang ganas sikit gaya aku basuh baju. itu dikatakan fokus ye, fokus untuk menyental baju-baju dengan bersih dan harum. almaklumlah, mesin basuh masih rosak lagi T.T


itu sekadar intro je. lepas aku dah cuci muka semua, ayah aku terus panggil tolong jagakan kuih kejap. ayah aku ni sebenarnya pembuat kuih magelek. pernah dengar tak? okeh... biar aku terangkan. ada kalanya orang panggil kuih ni wadeh, vadey, dan masalodeh atau APAPON TAK BOLEHLAH. tapi yang pasti aku panggil kuih ni sebagai magelek. agak lucu sedikit pada nama dia tu. kenapa magelek? adakah pembuat kuih ni menggelek-gelekkan tubuh badannya ketika nak buat kuih ni? wallahhualam...




aku snap pic ni time aku disuruh goreng kuih-kuih ni BHAHAHA




menyempat jugak aih. seperti entri aku yang lepas, kali ni jugak aku nak kongsikan satu resipi yang begitu dahsyat rasanya HAHA. taklah sedahsyat ayam kepci atau Kenny Rogers sekalipun, but it's too DAHSYAT for people that know how the real taste of this type food! rasa kuih ni rangup di luar dan lembut di dalam. tapi ada jugak sesetengah kuih ni yang rasanya agak berlainan. rasanya kering di dalam dan rupa teksturnya tak dipedulikan walau buruk sekalipun. habis kalau luar rupa kuih tu hitam, berselera ke nak makan? 


but for my DAD, cehwah... ayah aku suka menghasilkan luar kuih itu dengan warna kuning keemasan. kalau orang tengok pun, rasa mcam geram je nak makan kan? jom, aku kasi resipi yang biasa ayah aku pakai, mungkin agak lain sikit lah kalau nak dibandingkan dengan orang lain punya resipi. jangan risau, resipinya agak ringkas dan mudah dibuat.




Bahan-bahan


300g kacang dal yang sudah direndam selama 3 jam
1/2 labu bawang besar
1 tangkai daun kari
1 tangkai lada merah *lebih power kalau cili padi yang beraneka warna 
1 biji telur
garam
minyak masak


cara-cara Membuat Magelek/Wadeh/Vadey/Masalodeh



  1. toskan kacang dal yang dah direndam. biarkan kering sekejap,   tapi kalau tak nak biarkan kering pun tak apa.
  2. kisar kacang tersebut dalam pengisar, tapi asingkan 3/4 tanpa dikisar. tak kisahlah pengisar apa sekali pun, pengisar yang nak kisar cili ke apa ke. asalkan pengisar tu bersih daripada sebarang jangkitan dan kotoran. haha
  3. kemudian, bawang dipotong dadu. lada dihiris nipis dan daun kari dileraikan dari tangkainya. kalau nak sangat, letak jelah tangkai tu.
  4. campak semua bahan-bahan tersebut ke dalam bekas yang berisi kacang dal tu. tabur sedikit garam.
  5. kemudian, pecahkan telur dan sebatikannya. tujuannya adalah untuk mengelakkan kuih ini daripada terburai. mungkin ada yang buat magelek terburai.
  6. gunakan tangan korang sendiri, jangan pulak gunakan tangan orang lain untuk membentuk kuih ni. biasanya ayah aku akan buat bentuk bulat leper. lebarnya tidaklah terlalu besar. 
  7. gorengkan dalam minyak yang panas sehingga kuning keemasan. WALAHH!

panas, panas, PANAS!!!


magelek begitu enak dimakan di kala ia masih panas dan garing, wah wah! ayah aku memang pakar membuat kuih magelek ni. ramai orang cakap kuih buatan ayah aku ni sedap sangat, tak macam orang lain punya buat. keras macam kotak, bukan aku yang cakap ehh. kadang-kadang, aku buat duit lebih dengan jual kuih ni kat sekolah. haha masyuk! kira laku seperti tiket filem Ombak Rindu. always SOLD OUT! haha...  bila aku tengok rupa magelek kat Google, lain sikit jadinya. macam ni...

magelek buatan ayah saya, HIHIK













                                ada 'magelek' lain yang muncul bila aku search kat Google Image...




who's that POKEMON?


p/s: Berat badan aku bertambah sejak cuti ni T.T

No comments: