p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

26 December 2011

Hai Si Kawan yang Hipokrit

assalammualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan...






aku rasa hari ni memang aku tak ada mood langsung, oh ya ALLAH... down, down, down! *jerit sampai terkeluar anak tekak* memang frust gila gaban, bukan putus cinta ke apa okeh. tapi ini frust sebab aku kenal dengan seorang kawan ni. kawan yang tak boleh dibawa kawan. aku tak salahkan dia, tapi aku cuma kesal dengan sikap dia yang suka mendesak tu. rasa bersalah pun aku ada.


dan si kawan tu merupakan seorang lelaki. hah, lelaki... aku memang payah dan tak cukup mesra alam dengan lelaki. aku kurang berkawan dengan lelaki, lebih kurang dua tiga orang je aku berkawan. tapi dah dia tu jenis hm outgoing (outgoing ke?), aku senang nak buat kawan dengan mamat ni. pada mula perkenalan, peh cukup sempoi. gurau-gurau sampai ketawa terkentot-kentot aku dibuatnya. mana taknya, dia jenis pak lawak. ada je lawak nak dibuatnya. 


dan lama-lama, lawak dia tu dah lain macam. haih, lain macam? pada petang semalam, dia call aku. aku terkezooot. suara dia dah lembut-lembut, hah meremang bulu kening aku. dia cakap... 'aku suka kau'. ok, aku pun cakap aku suka dia jugak, suka berkawan, suka berbual dengan dia, suka cari gaduh dengan dia. hehe * =='


tapi, suka dia tu suka yang lain... aku dah agak. memang dah agak. aku dah benci bila sampai part tu, benci sangat. aku tak kisah bila dia lafazkan kalimah suka dia tu, tapi dia mendesak aku. aku hanya terima dia sebagai kawan aku je. kira kawan rapat. tapi dia tetap tak puas hati. dia nak lebih daripada KAWAN. masyaALLAH, aku tak boleh terima dia. 


dia cakap...
"kau anggap aku kawan je ke?"
aku jawab, "hok iyolah, kawan. macam joyah, jenab dengan timah semua." 
dia mengeluh, "habis tu selama ni segala susah payah aku mintak no kau, aku mintak nak kawan dengan kau tu memang satu perkara sia-sia lah?" 
bungkam aku dibuatnya mak...

tu ke yang dinamakan KAWAN? kawan eh? kawan kepala otak dia berjambul. eh aku tak paham lah dengan budak ni. memang aku betul-betul senang dengan kawan dia. tapi, ada makna lain rupanya di sebalik 'sifat mesra kawan' dia dengan aku. aku cakap kat dia...

"kau ni macam tak ikhlas kawan dengan aku je." 
"bukannya tak ikhlas, aku memang nak kau anggap aku lebih daripada kawan. takkan tu pun tak boleh? kenapalah susah sangat ek kau ni?" suara dia masa tu memang menjengkelkan. 
"susah? habis kau nak aku terima kau macam tu je? dah memang sah kau ni tak ikhlas nak berkawan kan?" 
"kau nak ke tak nak terima aku ni?" 
dengan jelas dan terang, aku jawab, "tak nak." 
"macam nilah... kau anggap ke kita ni tak pernah kenal, tak pernah kawan. okay?"

bila aku dengar je ayat tu terpacul dari mulut dia, TAPP!!! aku campak henpon campak anjing aku tu kat katil. bahaya campak kat dinding, berkecai kang nanti * T__T * huh, menyesal aku kenal kau huruf besar (capital) M! kemudian, dia call aku lagi. aku tekan punat merah. sekali je dia call. aik, sekali je? kenapa tak berkali-kali? haha, konon-konon lah.


aku terus padam no tel dia, aku taknak remove dia kat facebook... tapi, aku akan BLOCK. muehehehehe! moralnya, tak semua kawan itu sahabat. pernah juga aku terdengar satu ayat ni...

"Tak akan ada istilah kawan baik antara lelaki dan perempuan"

hmm, maksudnya?  entahlah... aku tahu maksudnya, tapi tak tahu nak terangkan. 












p/s: Waduh, Saehu makin best lah!

No comments: