p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

16 December 2011

Bersemuka dengan Muka Buku

firdaus tersenyum seorang diri. senyum bukan sebarang senyum, senyum yang ada makna di sebalik senyuman yang bergitu lebar sekali. sesekali dia ketawa, sesekali dia menutup mulutnya mengelak daripada tersenyum lebar ke telinga. entah apalah yang disenyumkan itu. muka dia seperti mahu meminta penampar dan penumbuk.


dia menggelengkan kepalanya tiba-tiba. kemudian dia teringat akan sesuatu. dia terlupa mahu buka akaun facebook nya. memang sejak dari satu jam yang lalu dia mahu sekali membuka akaun MukaBuku nya. akibat khayal dengan senyumnya, dia terlupa. tanpa membuang tenaga dan keringat, dia mengambil Netbook 1Malaysia di bilik dan berokband ZTE lalu diletakkan di atas meja dapur. sudah tabiatnya gemar melayari internet di dapur.







firdaus menaip email dan passwordnya...







akhirnya, dia memasuki juga akaun Facebook. ehhh??? 3 friend requests, 6 messages, 31 notifications!!! wowoooo, hatinya berbunga mekar indah bak dipetik seseorang. ceh, dia bangga seketika. macam mana dia boleh dapat notifications yang sebegitu banyak sekali. 'adakah aku dah jadi budak HOT dekat mukabuku ni?' kata hati firdaus. masakan dia dah jadi budak hot sedangkan friends dia tak mencecah 1000 pun. kalau nak jadi budak hot, friends mestilah lebih daripada 4000+++


firdaus buka friend requests terlebih dahulu...
Mak Enon wants to be your friends. Confirm or Ignore?
Joyah Mek Ani wants to be your friends. Confirm or Ignore? 
Saya Atoi added you to his family as his grandson. 

firdaus mengeluh. !@#$%^&* ingatkan awek mana yang nak add dia sangat. buweekkkk argh... dia terus membuka messages yang belum dibukanya lagi, dan...

Melly Anne - sorry, i cnt giv my num to someone like u. kbai.

'ish, apa budak ni taip? entah-entah nak jadi awek aku?' gumam firdaus, dia tersengih. ahh, banggakan? dia buka messages yang seterusnya...

Ferra Andrea IIVV - sowy, tite xnk bg num tite tat awk >.<

terkebil-kebil mata firdaus. bahasa apa budak ni taip??? argh, pelat ke peyat?? dia buka lagi messages yg lain...

Mat Topek - 0i, malam ni jmpe wak karjo! 
Beh Apek - mu gapo?
Nenek Mah - awk comey :)

sudahh... firdaus naik sebak sebal. dia benci dengan keadaan sedemikian. semua messages tersebut tak penting langsung baginya. kmudian, dia mmbuka senarai notifications yang berjumalah 31. err???




- 31 friend request accepted - 

huh... puik ahh. firdaus terus buka IM di bawah...




mengeluh firdaus dibuatnya. hanya sembilan sahaja yg online??? tu pun bukannya tergolong daripada awek-awek cun. dia merasakan semakin hari semakin berkurang bilangan friends di facebooknya. hmm... mengapa boleh jadi begitu ya???




BERSAMBUNG...








p/s: Muehehehe!!!

No comments: