p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

21 December 2011

5 Kartun yang Gila bagi Aku

assalammualaikum dan salam sejahtera semua... dan tak lupa juga salam satu melessia malaysia.




aku nak buat kerja gila hari ni. aku nak bunuh semua kucing dekat belakang rumah aku sebab ikan caru yang aku nak goreng telah dirembat oleh kucing-kucing jahat lagi nakal tahap cipan, tenuk dan tapir ==' *mamalia gila* arghhhh...


chuup, chuup, chuup...! (cukup) aku malas nak ingatkan benda yang mencengkam hati aku sehingga bernanah. pada post kali ini, aku nak jadi kebudak-budakkan yang 100% asli. saja nak kongsi rancangan kartun yang selalu aku tengok dengan kawan-kawan aku yang junior, i mean my lil sis and lil bro.




1. Oggy and the Cockcroaches






 






Oggy et les Cafards dalam bahasa peghancis, ataupun dalam Jawanya Oggy dan Lipas-lipas tak Guna. kartun ini telah dihasilkan oleh Gaumont Film Company , pembuat kartun Space Goofs. kau orang tahu ke? muakakaka... Oggy si kucing pemalas selalu kena kacau dengan tiga ekor lipas yang paling aku mensampah menyampah iaitu, Joey, Dee dan Marky. aku memang naik angin bila lipas-lipas bangang tu curi makanan dekat peti ais ==' kau orang boleh tengok kartun ni di channel CartoonNetwork, 616. yang tak ada astro tu boleh lah tengok kat ntv7, tapi aku tak tahu ada lagi ke tak...






2. Fairly Odd Parents










The Fairly Odd Parents atau Penjaga Angkat Pari-pari / Ibu Bapa Angkat Pari-pari(!!!)yang selalu disebut oleh penjahat dalam kartun ini iaitu crocker. kartun ini telah dihasilkan oleh Frederators Studios untuk saluran Nickelodeon di channel 612 (bagi yang ada astro ==') ia mengenai kehidupan seorang budak lelaki bergigi jongang ke depan dan bertopi merah jambu yang bernama Timmy Turner (gigi dia jongos). Timmy mempunyai penjaga angkat pari-pari yang bernama Wanda yang berambut merah jambu dan si suaminya, Cosmos yang lembab lagi bodoh (tapi cute). bolehlah layan kartun ni di tv9, dekaaaaat di hati~



3. Penguin of Madagascar






The Penguins of Madagascar ataupun Penguin-penguin sesat dari Madagascar diterbitkan oleh Nickelodeon. ia mengenai empat ekor penguin yang terdiri daripada Skipper, Kowalski, Private dan Rico yang duduk satu zoo (Central Zoo) dengan haiwan-haiwan lain seperti King Julien XIII iaitu spesies errr kubung ataupun a ring-tailed lemur, Maurice si aye-aye (entah apa benda spesies binatang) dan Mort si tikus pukang ataupun mouse lemur. aku suka kartun ni sebab suara latar King Julien kelako bonarr, macam bangla jual karpet murah.



4. Spongebob Squarepants






Spongebob Squarepants ataupun Spongebob Seluar Empat Segi. haha tengok tajuk pun dah kelakar kan? merupakan kartun yang paling popular di Nickelodeon (seangkatan dengan The Fairly Odd Parents dan The Penguin of Madagascar) dan di dunia. bohonglah kalau budak-budak kecik tak tahu, apatah lagi kau orang kan? selalu sangat tengok terongok depan tv, bukak TV9 dekat di hati tu pada pukul 5 petang. mengisahkan tentang Spongebob si span kuning dan rakan-rakan dia yang lain di dasar laut. tahulah karakter dalam kartun ni macam Squidward, Patrick, Mr Krab yang kedekut, Gary, Mrs Puff, Sandy dan lain-lain lagi. ah aku dah malas nak explain kat kau orang. pfft!



5. Hagemaru






Hagemaru Hageda si budak lelaki yang tak tahu malu dan berkepala botak licin. kartun ni buat aku rasa bodoh sedikit. sebab apa? sebab hagemaru pandai berjimat cermat dalam keadaan apa sekali pun, kira dua kali lima sama dengan perangai mak ayah dia iaitu Puan Tsuruko Hageda dan Incik Encik Hagezo Hageda. bolehlah layan kartun ni di channel Astro Ceria, untuk kita-kita (budak kecik) aje!

okbai.



p/s: Dengar cerita, Mila menari poco-poco?

4 comments:

Kayun.Zack said...

haaaa, akak layaaaaan je semua katun pun. kih3

Hidayah Delilaz said...

haha akak XD

nasha sanza said...

akak suka semua jugak!

Akmal Khalidah said...

Eh, saya pun suka semua kartun kat atas tu :) Terutamanya oggy tuh :D