p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

31 December 2011

Selamat Datang 2012



ehem... bismillahhirrahmannirrahim. assalammualaikum dan salam sejahtera *menyengih*




it's a new day for the fantastic 2012, hopefully lah... malam tadi iaitu tahun lepas, aku duduk di rumah je. tak keluar pun pergi mana-mana. tengok Spongebob Squarepants Marathon. 48 hours non stop. haha, special sikit. bukan main kawan-kawan dekat fb update status pasal tahun baru. ada yang cakap jangan masuk tandas pada pukul 11.59 pm pada 30.12.11. ada jugak yang update nak pergi dataran dengan awek nak tengok bunga api. huh, bagus ke sambut tahun baru macam tu? 


tak tahulah aku nak kata apa. okeh, lupakan perkara tu. sekarang masa untuk merangka wawasan dan azam untuk tahun baru ni. hari ini dan semalam hampir sama iaitu masih lagi pakai baju tahun lepas dan masih lagi tak tukar gambar profil di fb. ehem muehehehe. 


apa itu azam?









hm, jadi pastikan azam kita pada tahun ni tercapai. tak mahu seperti tahun lepas yang terkubur macam tu. hangat-hangat tahik ayam je. akhirnya, aku tekadkan dan kuatkan azam aku tahun ni untuk dicapai dengan jayanya, with flying colours~



1. Tak nak ponteng solat -.- 
2. Bangun di awal pagi 
3. Siapkan kerja sekolah sebelum pukul 10 malam 
4. Tidur pukul 11 malam 
5. Hentikan kurangkan penggunaan telefon bimbit dan internet 
6. Kuruskan badan 
7. Study sebelum exam (no more study last-last minute) 
8. Kurangkan bercakap 
9. Senyum 24 jam 
10. Tak nak masuk kawad kaki lagi 

pastikan yang nombor 6 tu tercapai. aku memang nak sangat huhu * T__T
okbai.




p/s: Spongebob Squarepants :B

30 December 2011

Selamat Tinggal 2011

assalammualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan... serta salam satu malaysia.




hari ini penamat bagi tahun 2011. tahun yang tak seberapa gempak bagi aku, hahaha... tak banyak peristiwa yang menarik berlaku tahun ni. tahun ni banyak tarikh yang cantik. aku cuba nak buat sesuatu benda pada tarikh tu. contohnya macam 11.11.11. tapi hampeh, aku tak tahu nak buat apa pada hari tu. hari tu berlalu seperti hari-hari biasa. pfft.


semalam, 30.12.11... aku akan ingat tarikh tu. hoho, malulah aku nak cakap. azam 2011 banyak yang tak tercapai dan tak dilaksanakan. haha dah memang sikap aku yang pemalas dan kurang berusaha ni membuatkan azam aku terkubur begitu sahaja. aku rasa tahun ni tahun yang agak menghambarkan aku. tak apalah, mungkin ni satu langkah nak menghadapi tahun 2012 yang begitu sekali mencabar bagi aku. SPM... Sijil Pendaftaran Mati. wakakah. gerun aku dibuatnya.








tahun ni tahun paling menakutkan aku. SPM, SPM, SPM... aku dah tak boleh main-main lagi. tak boleh main masak-masak dengan adik aku, tak boleh main tali skipping, tak boleh main tenung-tenung mata dengan si dia, tak boleh main game Brick Breaker dalam phone aku tu. hmm. semalam, aku pergi ke sekolah. bila sampai je kat sekolah, jumpa kawan-kawan. bukan main peluk sakan konon rindu, tapi aku tak rindu diaorang pun haha. selepas dengar cikgu membebel kat dewan, aku pergi kelas aku. hm, ramai kawan aku dah tak satu kelas dengan aku. aku pergi check nama aku kat mana. ada empat kelas akaun. dulu aku kelas ketiga. aku takut aku turun kelas. pergi kelas lama, check nama. tapi nama aku tak ada. aku naik pelik bin aneh. mana pulak nama aku? semua kelas aku check, tapi tak ada. aku pergi lah kat cikgu sambil nangis keluar hingus hijau cakap 'cikgu nape nama tite takde?' cikgu kerut kening, 'awak masuk kelas lama awak je lah.' yes, aku stay je kat kelas lama. muka pun bersemangat nak belajar rajin-rajin bila tengok muka guru kelas baru aku. cikgu, saya janji saya akan siapkan kerja sekolah cikgu. hm, janji tu!






jadi, zaman bersuka ria bagi pemudi macam shaye ni tergendala sebentar pada tahun 2012. time to face the real time. okbai.






p/s: Osbon menang hee. Adoh, malam~

Speechless Friday #3








p/s: Sekolah ----->> Ahahaha?

26 December 2011

Puas Picit Jerawat!


assalammualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan...


hari ni peh, puas aku menahan rasa sebal dan tak selesa yang begitu kronik. bak menahan kentut yang tidak terluah. ceh, sadisnya ayat tu. dua tiga hari ni aku rasa macam tak kena je dengan muka aku. nak tahu tak apa benda kejadahnya tu??? JERAWAT der, jerawat!!!


huh, aku tak adalah desperate mana nak hilangkan jerawat yang posisinya di pipi gebu aku tu. let the pimple grow with merrily, ho ho ho~ dandan je hari ni, aku tenung muka aku kat cermin. hmm, dah 'ranum' sangat jerawat aku ni nampaknya. merah betul. rasa geram tu memang ada, membuak-buak lah katanya. 


aku memang dah tak tahan. aku picit perlahan-lahan. takut tak jadi pulak jerawat tu nak mengecil. kalau aku biarkan jerawat bermastautin kat muka aku je tiap-tiap hari, alamat buruklah jawabnya. picit, dan picit perlahan. pehh~ best der... cepat-cepat aku lap dengan tisu. puas aku. puas tak terhingga * >.< *










amboi comel loteh cik Heliza Helmi kita ni. bersih, halus,mulussss muka dia. sejuk mata orang memandang bila terpandang awek ganu nih. tak ada jerawat langsung. nak tahu rahsia dia???








pakailah GARNIER. erghh * ==' *


kauorang mesti pernah rasa betapa syioknya picit jerawat kan? jerawat yang merah ranum, dipicit dan terkeluarnya satu cercair putih. iyuu, selekeh pulak aku ni hahaha. tapi memang pun kan? sampai ada seorang kawan aku ni nak tawarkan diri nak picit jerawat aku yang dah memang betul masak dengan sempurna dan sesuai dipicit pada waktu juga. aku cakap kat dia, 'apa kau dah gila ke ngol?'. dia kata dia memang geram tengok jerawat aku. memang dah tabiat dia suka picit jerawat sebab dia pun ada masalah jerawat. takkanlah sampai jerawat kat muka aku ni pun dia nak picit?apa punya kawanlah. okbai.






p/s: Lagi seminggu je nak sekolah, tapi homework belum siap T_T

Hai Si Kawan yang Hipokrit

assalammualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan...






aku rasa hari ni memang aku tak ada mood langsung, oh ya ALLAH... down, down, down! *jerit sampai terkeluar anak tekak* memang frust gila gaban, bukan putus cinta ke apa okeh. tapi ini frust sebab aku kenal dengan seorang kawan ni. kawan yang tak boleh dibawa kawan. aku tak salahkan dia, tapi aku cuma kesal dengan sikap dia yang suka mendesak tu. rasa bersalah pun aku ada.


dan si kawan tu merupakan seorang lelaki. hah, lelaki... aku memang payah dan tak cukup mesra alam dengan lelaki. aku kurang berkawan dengan lelaki, lebih kurang dua tiga orang je aku berkawan. tapi dah dia tu jenis hm outgoing (outgoing ke?), aku senang nak buat kawan dengan mamat ni. pada mula perkenalan, peh cukup sempoi. gurau-gurau sampai ketawa terkentot-kentot aku dibuatnya. mana taknya, dia jenis pak lawak. ada je lawak nak dibuatnya. 


dan lama-lama, lawak dia tu dah lain macam. haih, lain macam? pada petang semalam, dia call aku. aku terkezooot. suara dia dah lembut-lembut, hah meremang bulu kening aku. dia cakap... 'aku suka kau'. ok, aku pun cakap aku suka dia jugak, suka berkawan, suka berbual dengan dia, suka cari gaduh dengan dia. hehe * =='


tapi, suka dia tu suka yang lain... aku dah agak. memang dah agak. aku dah benci bila sampai part tu, benci sangat. aku tak kisah bila dia lafazkan kalimah suka dia tu, tapi dia mendesak aku. aku hanya terima dia sebagai kawan aku je. kira kawan rapat. tapi dia tetap tak puas hati. dia nak lebih daripada KAWAN. masyaALLAH, aku tak boleh terima dia. 


dia cakap...
"kau anggap aku kawan je ke?"
aku jawab, "hok iyolah, kawan. macam joyah, jenab dengan timah semua." 
dia mengeluh, "habis tu selama ni segala susah payah aku mintak no kau, aku mintak nak kawan dengan kau tu memang satu perkara sia-sia lah?" 
bungkam aku dibuatnya mak...

tu ke yang dinamakan KAWAN? kawan eh? kawan kepala otak dia berjambul. eh aku tak paham lah dengan budak ni. memang aku betul-betul senang dengan kawan dia. tapi, ada makna lain rupanya di sebalik 'sifat mesra kawan' dia dengan aku. aku cakap kat dia...

"kau ni macam tak ikhlas kawan dengan aku je." 
"bukannya tak ikhlas, aku memang nak kau anggap aku lebih daripada kawan. takkan tu pun tak boleh? kenapalah susah sangat ek kau ni?" suara dia masa tu memang menjengkelkan. 
"susah? habis kau nak aku terima kau macam tu je? dah memang sah kau ni tak ikhlas nak berkawan kan?" 
"kau nak ke tak nak terima aku ni?" 
dengan jelas dan terang, aku jawab, "tak nak." 
"macam nilah... kau anggap ke kita ni tak pernah kenal, tak pernah kawan. okay?"

bila aku dengar je ayat tu terpacul dari mulut dia, TAPP!!! aku campak henpon campak anjing aku tu kat katil. bahaya campak kat dinding, berkecai kang nanti * T__T * huh, menyesal aku kenal kau huruf besar (capital) M! kemudian, dia call aku lagi. aku tekan punat merah. sekali je dia call. aik, sekali je? kenapa tak berkali-kali? haha, konon-konon lah.


aku terus padam no tel dia, aku taknak remove dia kat facebook... tapi, aku akan BLOCK. muehehehehe! moralnya, tak semua kawan itu sahabat. pernah juga aku terdengar satu ayat ni...

"Tak akan ada istilah kawan baik antara lelaki dan perempuan"

hmm, maksudnya?  entahlah... aku tahu maksudnya, tapi tak tahu nak terangkan. 












p/s: Waduh, Saehu makin best lah!

23 December 2011

Speechless Friday #2



ego dia... ego LAGI aku!






p/s: Hmm, knapa ramai dok taip 'followed', tapi sebenarnya tak followed. Emm, kahkah =='

21 December 2011

5 Kartun yang Gila bagi Aku

assalammualaikum dan salam sejahtera semua... dan tak lupa juga salam satu melessia malaysia.




aku nak buat kerja gila hari ni. aku nak bunuh semua kucing dekat belakang rumah aku sebab ikan caru yang aku nak goreng telah dirembat oleh kucing-kucing jahat lagi nakal tahap cipan, tenuk dan tapir ==' *mamalia gila* arghhhh...


chuup, chuup, chuup...! (cukup) aku malas nak ingatkan benda yang mencengkam hati aku sehingga bernanah. pada post kali ini, aku nak jadi kebudak-budakkan yang 100% asli. saja nak kongsi rancangan kartun yang selalu aku tengok dengan kawan-kawan aku yang junior, i mean my lil sis and lil bro.




1. Oggy and the Cockcroaches






 






Oggy et les Cafards dalam bahasa peghancis, ataupun dalam Jawanya Oggy dan Lipas-lipas tak Guna. kartun ini telah dihasilkan oleh Gaumont Film Company , pembuat kartun Space Goofs. kau orang tahu ke? muakakaka... Oggy si kucing pemalas selalu kena kacau dengan tiga ekor lipas yang paling aku mensampah menyampah iaitu, Joey, Dee dan Marky. aku memang naik angin bila lipas-lipas bangang tu curi makanan dekat peti ais ==' kau orang boleh tengok kartun ni di channel CartoonNetwork, 616. yang tak ada astro tu boleh lah tengok kat ntv7, tapi aku tak tahu ada lagi ke tak...






2. Fairly Odd Parents










The Fairly Odd Parents atau Penjaga Angkat Pari-pari / Ibu Bapa Angkat Pari-pari(!!!)yang selalu disebut oleh penjahat dalam kartun ini iaitu crocker. kartun ini telah dihasilkan oleh Frederators Studios untuk saluran Nickelodeon di channel 612 (bagi yang ada astro ==') ia mengenai kehidupan seorang budak lelaki bergigi jongang ke depan dan bertopi merah jambu yang bernama Timmy Turner (gigi dia jongos). Timmy mempunyai penjaga angkat pari-pari yang bernama Wanda yang berambut merah jambu dan si suaminya, Cosmos yang lembab lagi bodoh (tapi cute). bolehlah layan kartun ni di tv9, dekaaaaat di hati~



3. Penguin of Madagascar






The Penguins of Madagascar ataupun Penguin-penguin sesat dari Madagascar diterbitkan oleh Nickelodeon. ia mengenai empat ekor penguin yang terdiri daripada Skipper, Kowalski, Private dan Rico yang duduk satu zoo (Central Zoo) dengan haiwan-haiwan lain seperti King Julien XIII iaitu spesies errr kubung ataupun a ring-tailed lemur, Maurice si aye-aye (entah apa benda spesies binatang) dan Mort si tikus pukang ataupun mouse lemur. aku suka kartun ni sebab suara latar King Julien kelako bonarr, macam bangla jual karpet murah.



4. Spongebob Squarepants






Spongebob Squarepants ataupun Spongebob Seluar Empat Segi. haha tengok tajuk pun dah kelakar kan? merupakan kartun yang paling popular di Nickelodeon (seangkatan dengan The Fairly Odd Parents dan The Penguin of Madagascar) dan di dunia. bohonglah kalau budak-budak kecik tak tahu, apatah lagi kau orang kan? selalu sangat tengok terongok depan tv, bukak TV9 dekat di hati tu pada pukul 5 petang. mengisahkan tentang Spongebob si span kuning dan rakan-rakan dia yang lain di dasar laut. tahulah karakter dalam kartun ni macam Squidward, Patrick, Mr Krab yang kedekut, Gary, Mrs Puff, Sandy dan lain-lain lagi. ah aku dah malas nak explain kat kau orang. pfft!



5. Hagemaru






Hagemaru Hageda si budak lelaki yang tak tahu malu dan berkepala botak licin. kartun ni buat aku rasa bodoh sedikit. sebab apa? sebab hagemaru pandai berjimat cermat dalam keadaan apa sekali pun, kira dua kali lima sama dengan perangai mak ayah dia iaitu Puan Tsuruko Hageda dan Incik Encik Hagezo Hageda. bolehlah layan kartun ni di channel Astro Ceria, untuk kita-kita (budak kecik) aje!

okbai.



p/s: Dengar cerita, Mila menari poco-poco?

No Wordless Wednesday

assalammualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan... *malas nak taip 1Malaysia =='*




setelah hampir, emm... satu, dua, err tiga, empat, hmm lima, er enam minggu agaknya kita cuti, aku rasakan hari-hari yang aku habiskan sepanjang cuti sekolah ni membosankan. tak chill langsung, tak daring langsung, tak interesting gitu... haihh, betapa bosannya kan.


nak update blog, tapi tak ada bahan nak ditaipkan. biasalah, blogger lain bukan main update post pasal cuti sana sini, keluar sana sini, hang sana sini. tapi aku? t(-_-) ...


setakat udpdate blog tentang menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah di rumah buat apa deh. lainlah rumah aku tu ada funfair. wakakaka gila. kalau nak harapkan facebook, hmm lagi mcam harem. aku layan game je, game pun layan aku.


semua hari sama je bagi aku. buat benda yang sama. berulang-ulang kali... naik gila aku dibuatnya mak oi. layan adik-adik aku main mak-mak, main masak-masak.. tu jelah yang mampu aku buat bagi membalas jasa adik aku yang selalu turun naik ke kedai belikan top-up untuk aku. ha ha ha *ketawa sepatah-sepatah*


hari ni aku cer cuba buat nasi goreng. bukan sebab rajin, cuma aku rasa sayang tengok nasi putih yang aku masak semalam tak terusik langsung. semalam keluarga aku makan maggie je, mak aku tak masak, stock maggie berlambak. so, maggie je lah menu semalam. 


aku bersungguh-sungguh nak menghasilkan nasi goreng yang lazat lagi enak pada pagi tadi. kopek bawang sampai mengalirkan air mata, betapa gigihnya aku. tapi sayanglah, nasi putih tu lembik sikit. tu yang buat nasi goreng aku tak berapa nak menarik dari segi fizikalnya. wakaka... bila siap je nasi goreng speSIAL special aku tu, aku jamah lah sikit. rasanya UMPHHH, boleh lah ==' 


tapi yang menyedihkan aku, nasi goreng tu tak terusik langsung sejak pagi tadi sampai ke petang. kesian nasi tu menangis. adik-adik aku tak kesiankan kat nasi tu ke? sedih... haram betul sorang pun tak berani nak makan nasi goreng tu. okbai.








p/s: Mood memang tak stabil

17 December 2011

Berbulu by Romancesa





Selalu dirimu kutunggu setiap waktu
walaupun dirimu tak sudi muncul untukku
hingga aku jadi lesu dan tepu

dambaku padamu kini sudah pula jadi debu
sikapmu begitu oh tiada masa untukku
dan aku pun ingin pergi berlalu
lebih baik ku fikirkan begitu
hatiku sudah pun jadi berbulu

berbulunya hatiku
bila kau begitu
saat kau hindarkan dirimu membisu
saat ku tahu engkau bukanlah untukku
saat itu saat ku beku
saat itu saat ku berbulu

hatiku rindu dirimu
hariku tak seindah dulu

berbulunya hatimu
bila ku begitu
saat ku hindarkan diriku membisu
saat kau tahu aku bukanlah untukmu
saat itu saat kau beku
saat itu saat kau berbulu
(saat itu saat ku berbulu)

16 December 2011

Bersemuka dengan Muka Buku

firdaus tersenyum seorang diri. senyum bukan sebarang senyum, senyum yang ada makna di sebalik senyuman yang bergitu lebar sekali. sesekali dia ketawa, sesekali dia menutup mulutnya mengelak daripada tersenyum lebar ke telinga. entah apalah yang disenyumkan itu. muka dia seperti mahu meminta penampar dan penumbuk.


dia menggelengkan kepalanya tiba-tiba. kemudian dia teringat akan sesuatu. dia terlupa mahu buka akaun facebook nya. memang sejak dari satu jam yang lalu dia mahu sekali membuka akaun MukaBuku nya. akibat khayal dengan senyumnya, dia terlupa. tanpa membuang tenaga dan keringat, dia mengambil Netbook 1Malaysia di bilik dan berokband ZTE lalu diletakkan di atas meja dapur. sudah tabiatnya gemar melayari internet di dapur.







firdaus menaip email dan passwordnya...







akhirnya, dia memasuki juga akaun Facebook. ehhh??? 3 friend requests, 6 messages, 31 notifications!!! wowoooo, hatinya berbunga mekar indah bak dipetik seseorang. ceh, dia bangga seketika. macam mana dia boleh dapat notifications yang sebegitu banyak sekali. 'adakah aku dah jadi budak HOT dekat mukabuku ni?' kata hati firdaus. masakan dia dah jadi budak hot sedangkan friends dia tak mencecah 1000 pun. kalau nak jadi budak hot, friends mestilah lebih daripada 4000+++


firdaus buka friend requests terlebih dahulu...
Mak Enon wants to be your friends. Confirm or Ignore?
Joyah Mek Ani wants to be your friends. Confirm or Ignore? 
Saya Atoi added you to his family as his grandson. 

firdaus mengeluh. !@#$%^&* ingatkan awek mana yang nak add dia sangat. buweekkkk argh... dia terus membuka messages yang belum dibukanya lagi, dan...

Melly Anne - sorry, i cnt giv my num to someone like u. kbai.

'ish, apa budak ni taip? entah-entah nak jadi awek aku?' gumam firdaus, dia tersengih. ahh, banggakan? dia buka messages yang seterusnya...

Ferra Andrea IIVV - sowy, tite xnk bg num tite tat awk >.<

terkebil-kebil mata firdaus. bahasa apa budak ni taip??? argh, pelat ke peyat?? dia buka lagi messages yg lain...

Mat Topek - 0i, malam ni jmpe wak karjo! 
Beh Apek - mu gapo?
Nenek Mah - awk comey :)

sudahh... firdaus naik sebak sebal. dia benci dengan keadaan sedemikian. semua messages tersebut tak penting langsung baginya. kmudian, dia mmbuka senarai notifications yang berjumalah 31. err???




- 31 friend request accepted - 

huh... puik ahh. firdaus terus buka IM di bawah...




mengeluh firdaus dibuatnya. hanya sembilan sahaja yg online??? tu pun bukannya tergolong daripada awek-awek cun. dia merasakan semakin hari semakin berkurang bilangan friends di facebooknya. hmm... mengapa boleh jadi begitu ya???




BERSAMBUNG...








p/s: Muehehehe!!!

11 December 2011

Majlis Persandingan

assalammualaikum dan selamat sejahtera... serta salam satu malaysia kawan-kawan.




pada hari semalam (Sabtu, 10 Dis), sepupu *dua pupu sebenarnya* aku telah diijabkabulkan dengan isteri tercintanya iaitu kak ain yang comel loteh. aku memang tak dapat pergi majlis nikah mereka sebab ramai sangat nak pergi. jadi aku mengalah lah demni kepentingan sedara mara aku yang lain, WAAAA!!!


dan pada hari ini, majlis persandingan mereka sempat aku 'hadir'  tapi bagi pihak pengantin lelaki (sepupu aku) je. majlis persandingan bagi pihak pengantin perempuan aku tak dapat pergi huhu. kebetulan, mak mertua sepupu aku tu sebenarnya guru sekolah aku hehe. dah jodoh namanya. 






'Pelamin Anganku Musnah' HAHAHA, pelamin yg simple je

ni sepupu merangkap model sambilan aku, KAHKAHKAH

ole-ole untuk tetamu. benda ni diperbuat daripada surat khabar je tau, bukannya kayu

model sambilan aku memperagakan barang hantaran pengantin, haha





eh siapa makhluk ni??? 

sepupuku yang gagah wah wah

begitu secocok sekali, kiutnya kak ain


penyibuk

so sweet :)




aku mampu tangkap gambar-gambar ni dengan hanya menggunakan telefon bimbit murah. tak mampu nak beli DSLR. huhu... sekadar nak menambah post aku je. kbai.






p/s: Post yang paling malas dibuat =='

10 December 2011

Speechless Friday #1

hmm? cer try tengok...



jangan play video kat sini sebab aku pasang background music, HAHAHA...
kredit HOT link dari Blog Serius



p/s: Tak puas hati, suara aku tak seserak basah Stay-Ctu

8 December 2011

Magelek yang Bergolek-golek

assalammualaikum dan selamat sejahtera ... serta salam satu malaysia kawan-kawan.






pagi tadi aku bangun dari tidur agak lambat. aku bangun terus ke bilik air untuk... basuh gigi dan cuci muka je. setakat hilangkan najis gigi, najis mata dengan ayaq liyuq basiq tu udah ler, haha. aku tak mandi sebab nak kena basuh baju bertimbun dekat bilik air. bila dah basuh baju tu, aku tak ingat dunia. memang ganas sikit gaya aku basuh baju. itu dikatakan fokus ye, fokus untuk menyental baju-baju dengan bersih dan harum. almaklumlah, mesin basuh masih rosak lagi T.T


itu sekadar intro je. lepas aku dah cuci muka semua, ayah aku terus panggil tolong jagakan kuih kejap. ayah aku ni sebenarnya pembuat kuih magelek. pernah dengar tak? okeh... biar aku terangkan. ada kalanya orang panggil kuih ni wadeh, vadey, dan masalodeh atau APAPON TAK BOLEHLAH. tapi yang pasti aku panggil kuih ni sebagai magelek. agak lucu sedikit pada nama dia tu. kenapa magelek? adakah pembuat kuih ni menggelek-gelekkan tubuh badannya ketika nak buat kuih ni? wallahhualam...




aku snap pic ni time aku disuruh goreng kuih-kuih ni BHAHAHA




menyempat jugak aih. seperti entri aku yang lepas, kali ni jugak aku nak kongsikan satu resipi yang begitu dahsyat rasanya HAHA. taklah sedahsyat ayam kepci atau Kenny Rogers sekalipun, but it's too DAHSYAT for people that know how the real taste of this type food! rasa kuih ni rangup di luar dan lembut di dalam. tapi ada jugak sesetengah kuih ni yang rasanya agak berlainan. rasanya kering di dalam dan rupa teksturnya tak dipedulikan walau buruk sekalipun. habis kalau luar rupa kuih tu hitam, berselera ke nak makan? 


but for my DAD, cehwah... ayah aku suka menghasilkan luar kuih itu dengan warna kuning keemasan. kalau orang tengok pun, rasa mcam geram je nak makan kan? jom, aku kasi resipi yang biasa ayah aku pakai, mungkin agak lain sikit lah kalau nak dibandingkan dengan orang lain punya resipi. jangan risau, resipinya agak ringkas dan mudah dibuat.




Bahan-bahan


300g kacang dal yang sudah direndam selama 3 jam
1/2 labu bawang besar
1 tangkai daun kari
1 tangkai lada merah *lebih power kalau cili padi yang beraneka warna 
1 biji telur
garam
minyak masak


cara-cara Membuat Magelek/Wadeh/Vadey/Masalodeh



  1. toskan kacang dal yang dah direndam. biarkan kering sekejap,   tapi kalau tak nak biarkan kering pun tak apa.
  2. kisar kacang tersebut dalam pengisar, tapi asingkan 3/4 tanpa dikisar. tak kisahlah pengisar apa sekali pun, pengisar yang nak kisar cili ke apa ke. asalkan pengisar tu bersih daripada sebarang jangkitan dan kotoran. haha
  3. kemudian, bawang dipotong dadu. lada dihiris nipis dan daun kari dileraikan dari tangkainya. kalau nak sangat, letak jelah tangkai tu.
  4. campak semua bahan-bahan tersebut ke dalam bekas yang berisi kacang dal tu. tabur sedikit garam.
  5. kemudian, pecahkan telur dan sebatikannya. tujuannya adalah untuk mengelakkan kuih ini daripada terburai. mungkin ada yang buat magelek terburai.
  6. gunakan tangan korang sendiri, jangan pulak gunakan tangan orang lain untuk membentuk kuih ni. biasanya ayah aku akan buat bentuk bulat leper. lebarnya tidaklah terlalu besar. 
  7. gorengkan dalam minyak yang panas sehingga kuning keemasan. WALAHH!

panas, panas, PANAS!!!


magelek begitu enak dimakan di kala ia masih panas dan garing, wah wah! ayah aku memang pakar membuat kuih magelek ni. ramai orang cakap kuih buatan ayah aku ni sedap sangat, tak macam orang lain punya buat. keras macam kotak, bukan aku yang cakap ehh. kadang-kadang, aku buat duit lebih dengan jual kuih ni kat sekolah. haha masyuk! kira laku seperti tiket filem Ombak Rindu. always SOLD OUT! haha...  bila aku tengok rupa magelek kat Google, lain sikit jadinya. macam ni...

magelek buatan ayah saya, HIHIK













                                ada 'magelek' lain yang muncul bila aku search kat Google Image...




who's that POKEMON?


p/s: Berat badan aku bertambah sejak cuti ni T.T

5 December 2011

Maggie Cara Aku!

assalammualaikum dan selamat sejahtera... serta salam satu malaysia kawan-kawan semua. 




hari ni, hmm... aku lapar, lapar dan lapar. kelaparan yang sungguh dahsyat sebab dah dua hari aku makan maggie je. jemu tengok maggie, maggie pun jemu tengok muka aku. dulik ahh kalau maggie ni jemu tengok muka aku. pfffftttt!


walaupun maggie hanya berharga RM1.00 (kedai runcit dekat kawasan rumah aku). tak tahulah korang semua boleh dapat yang lebih murah daripada tu. sedar tak sedar, memang harga maggie makin naik. dulu, boleh jugak aku boleh dalam enam pocen jer. tapi sekarang, pehh naik mendadak weh. sedar tak, sedar tak? eh, sedar tak???


malas nak bebel, malas nak pot pet, aku nak share cara aku masak maggie macam mana. tak tahu pulak cara korang macam mana. hoho!

bahan-bahansatu  peket maggie (tak kiralah perencah apa pun)air (dalam 2 cawan)


bahan-bahan jadah ni memang penting sangat-sangat sebab kalau tak ada bahan ni, kau nak makan apa hah, pandai? setakat air dengan paket maggie tu je dah kira maggie korang lengkap. tapi tak sedap lah macam tu, aku pon tak selera nak makan kalau tak ada bahan-bahan lain. nenek yang tak ada gigi je boleh makan.


bahan-bahan lainsejibik telur ayam (jangan telur puyuh)lada cili (ni tersangat penting gila gaban)bawang yang dah dihirisbeberapa helai daun sawiserbuk lada sos tiram*daging ayam atau daging apa-apa jelah



  1. panaskan air dalam periuk dalam 2 minit gitu.
  2. bila air dah mendidih, masukkan perencah maggie dulu, lepas tu barulah letak mi maggie nya ye. 
  3. dah tu, kau campak je lah segala jenis lada cili, bawang, sawi dan macam-macamlah kecuali... telur dengan sos tiram. telur tu sat.
  4. okeh, bila dah siap semua korang terus masukkan maggie tu dalam mangkuk ajaib.
  5. telur pulak biasanya aku goreng, tapi telur dadar tau. aku kacau telur tu dengan sos tiram. baru berasa sikit telurnya tu. then, gorenglah dalam kuali yang panas.
  6. kemudian, letaklah telur goreng tu dalam mangkuk ajaib. siap! walaaaaah!




ni lah hasilnya, er...




aku paling suka kalau letak lada cili banyak-banyak. wohhh, berapi! selera aku kan, selera kau macam mana pulak?




p/s: Sepupu aku nikah Jumaat ni. Lalala~