p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

19 November 2011

Konon-konon minat bola (SEA GAMES - Bola Sepak)

assalammualaikum dan salam sejahtera semua darling-darling dan darlo-darlo semua ye... serta salam satu khairul fahmi, eh silap salam satu malaysia lahhhhh...


haha kenapa tersesat nama khairul fahmi anak lelaki che mat tu? ehek-ehek! (ketawa gedik). aku minat penjaga goal ni sejak aku tengok dia beraksi hensem sewaktu perlawanan kelayakan piala dunia (malaysia tak layak pon huhu). peh, aku tengok mamat ni cina ke apa? sepet je mata, kulit je kulit, kacak semacam je... haha rupa-rupanya melayu tulen. orang puchong ghopenye. 


amboi hensemnya kau nyah!

enough, enough! tak mahulah aku minat jejaka berusia 22 tahun ini semata-mata rupa dia yang kacak, hensem, gojes tuh. aku memang minat cara dia kekalkan karier dia sebagai penjaga gol skuad bola sepak malaysia, harimau malaya. wah wah, kau tengok tak dia beraksi di padang? konfem! jangan nak bohong aku yang dia ni sememangnya penjaga gol yang cukup profesional walaupun dia masih muda (part yg muda tu aku suka beno). dan dia juga masih mengekalkan identiti profesional sewaktu dia dikhabarkan putus tunang. perkara tu sedikit pun tak menjejaskan karier dia sendiri. hebat kan pujaan hati aku ni? mula-mula aku kenal mamat ni, memang terpikat. ingat nak usha, nak mintak email facebook atau blog... rupa-rupanya dah ada tunang. eh, sedih tau hati aku ni! sedih sangat. jadi, aku putus asa. bila habis je musim kelayakan piala dunia tu, aku dengar cerita dia dah putus tunang. PUTUS TUNANG? haha eh aku tak percaya, terus aku call mak dia. 'eh betul ke abang pami (Khairul Fahmi) dah putushhh tunang?' mak dia pon terus potpet kat aku 'hok iyo abeh pami kau tu putuih tunang. sat lagi kau abih sekolah, makcik teruih hantar meminang kau? okeh idok?'

mana ada. mak dia pon aku tak kenal. bengap kau kalau kau percaya ==' haha. aku rasa aku dah tersasar daripada tajuk post aku nih. adeh, mahaap mahaap! okeh, berbalik kepada tajuk asal post aku sekarang ni, ingin aku kongsikan saat kegembiraan rakyat malaysia serta skuad bola sepak kita sendiri bahawa malaysia telah menumpaskan indonesia dengan 1-0. wow, memang wow! aku tengok tau perlawanan tu,jangan ingat aku tak tengok. 

mak aku cakap aku ni 'over action' tengok bola. terjerit-jerit cakap 'adeh sipi je tu!'. tu je lah ayat yang aku cakap, tu jelah sebab aku tak tahu dah nak cakap aku lagi. ayah aku dngan adik laki aku diam je, tak bebel apa pun. diaorang steady je. aku nak tengok khairul fahmi je, bukannnya ada sebab yang lain pun. kira okeh lah tu aku sokong malaysia kan dengan hanya menonton perlawanan tu kalau nak dibandingkan orang yang langsung tak tengok. haha lagi baik aku kan? nak tahu tak time aku tengok tu, haha... tetiba je aku rasa geram semacam. geram sebab pemain-pemain asyik terlepas peluang nak jaringkan gol. sedangkan banyak peluang terpampang depan mata. yelah, apa orang cakap ek? arr apa peribahasa tu ye, aku tak ingat lah. lupakan je lah. aku rasa baik aku je jadi pemain malaysia, lagi hebat kot. boleh satu team dengan abang pami aku, hihik!

dan beberapa hari lepas tu (hari ni), malaysia menentang myanmar. yeehaa, ariba ariiba! malaysia menang dengan 1-0 jugak. perlawanan pada hari ni memang serabut sikit, myanmar dikira banyak menguasai padang. asyik myanmar je yang sibuk passing bola kat team diaorang sendiri. rasa nak tumbuk-tumbuk je kucing aku (tak memasal kucing aku jadi mangsa) dan yang paling aku nervous sekali, abang pami aku terpaksa bersusah payah mengelak bola daripada dijaring gol oleh pemain myanmar yang berjersi 10 tuh, fakk fakk ah! pendengki betul ek orang myanmar ni, tak boleh nak tengok abang pami aku tu jaga gol. rasa-rasanya, dah banyak kali myanmar diberi free kick. itu pun sebab atas kekasaran pemain malaysia sendiri. memang ganas diaorang main. 8 kekasaran u know? myanmar cuma 2 kekasaran je. 

aku paling bangga gila dengan abang pami aku. ni bukan bodek eh, tapi dah memang kenyataan. dah banyak kali pemain myanmar nak jaringkan gol, tapi peh abang pami aku tetap cekap dan fokus je menangkap bola. uhuuuu, i leb biu lah! tak sia-sia aku mencintai kau, wahai abang pami ku~


AKSI Baddrol Bahtiar yang berentap dengan pemain Myanmar, Aye San dalam saingan separuh akhir bola sepak Sukan SEA ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, hari ini. Malaysia menang 1-0.




caption tu aku copy dari Berita Harian Online hehe... okeh, tahniah buat malaysia. moga-moga malaysia dapat gelaran juara. aum aum aum untuk harimau malaya! mengaum aum dengan abang pami ku kehkeh.






p/s : Abang Pami sihat?

No comments: