p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

17 November 2011

Kelas tunggang langgang

assalammualaikum dan salam sejahtera... serta salam satu malaysia semua...




hahaha, akhirnya musim cuti sekolah dah smpai. budak-budak sekolah dah campak beg sekolah entah ke mana, kasut sekolah dah buang dalam tong sampah, baju sekolah terus campak dalam mesin basuh (takde nya nak gantung balik kat almari), mulalah rancang nak buat apa cuti sekolah ni. ada yg nak kerjalah (macamlah kau cuti sekolah setahun, sebulan lebih je kot), ada jugak nak plan ajak keluarga pergi cuti ke sana ke mari, haa untunglah~


cikgu dah bagi kerja sekolah, tengok macam sikit je. tapi, leceh nak buat. semua sebab MALAS. malas, malas, dan malas. tengoklah kalau ada masa, aku buat ye cikgu? huhuhu...


dua hari sebelum berakhirnya hari terakhir di sekolah, aku buat kerja jahat kat kelas. aku bunuh kawan-kawan aku. aku buat BBQ, daging kawan-kawan aku. haha, bodoh lah kalau percaya ==' biasalah bawak benda terlarang pergi sekolah. aku tak tahu dah nak buat apa kat sekolah, bosan. kelas pun dah macam apa dah aku tengok. masya Allah...




masa aku datang pagi-pagi, langsir tu tersangkut dekat kipas siling






ni botol-botol air yang tak sempat dikitar semula









semua warga kelas aku PEMALAS



haha tak semua lah pemalas. aku? aku mestilah rajin. jangan nak tuduh aku bukan-bukan! semua budak-budak kelas aku buat hal masing-masing. ada yang landing tidur (aku tak), ada yang buat mesyuarat tingkap (kadang-kadang aku menyelit), ada yang terpekik terlolong (bukan aku), ada yang berangan jadi model sekolah (aku tak sesuai), dan yang last sekali... ada yang duduk diam baca novel (ni aku). budak ni diam je, tak terejal macam orang gila meroyan. haha...


  
sikit sangat yang datang ke sekolah, ni je yang rajin (termasuk aku)

memang sikit sangat yang datang hari tu, lebih kurang lima belas orang macam tu lah. haha bangga siot. jangan ingat kelas aku je yang macam padang jarak, kelas lain pon dua kali lima jer. ada yang lagi teruk, kira kelas aku ni tak teruk mana pun. bolehlah baiknya kan. sepatutnya, kelas-kelas memang perlu dibersihkan dan di'clear'kan secepat yang mungkin. tapi aku tengok, tak ada apa-apa tindakan pun budak-budak lain buat. masing-masing buat muka comel, muka innocent, muka tak tahu malu, dengan muka monyet sekali (bukan aku jugak okay)





yang phone pink tu smart, tapi yang phone yang hitam tu aku tak tahu nak cakap apa

antrara gejala yang kurang enak dan sedap yang berlaku pada hari tersebut

identiti dua orang pelajar ini terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab munasabah. kebarangkalian, mereka berdua akan dikejar oleh askar-askar thailand. 

okay, sampai di sini sajalah jari jemariku menekan-nekan keyboard. kbai.

Moral : Jangan bawa telefon bimbit ke sekolah

No comments: