p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

23 November 2011

Damn... Basuh Baju!

hari ni, aku bangun pagi. pada pukul 6.30 pagi. duduk termenung jap atas katil. raba-raba kat mata, uhh... ada najis mata yang dah kering, aku buang. sedap-sedap aku tonyoh mata aku, tetiba je ada yang menendang belakang aku. ya ALLAH, subhanaALLAH... sakitnya mcam !@#$%^&*. geramnya aku, siapa pulak yang jotos belakang aku ni. aku tengok belakang, rupa-rupanya si panda gemuk gedempol yang tendang aku. dah, aku bangkit dari katil. tak mahu lagi dijotos sama si gemuk.

aku melangkah ke meja solek. duduk rilek jap tengok cermin. hmm... hmm... rambut aku masyaALLAH... dah macam...

HANTU KAK LIMAH

jeng, jeng... dah dah! aku terus rembat tuala pergi bilik air. 

dalam pukul 8 pagi, aku tengok tv jap. nak tengok kartun, tapi tak best semuanya. smuanya kartun bawah umur, aku nak kartun atas umur. shitt... aku pergi dapur mana tahu ada makanan ke, jajan ke nak dimakan. tapi hampehh. aku kerling jap dekat sebelah pintu bilik air. baju bertimbun. haha malasnya nak basuh baju milik sembilan orang. kau boleh bayangkan tak berapa banyak baju yang aku kena basuh? tak terkira banyaknya weh. dahlah mesin basuh rumah aku rosak. betapa peritnya derita seorang gadis berusia 16 tahun ini. kasihan sungguh. 

tak apa. aku biarkan kejap baju-baju tu bertimbun. yang penting sekarang, aku nak cari makan. baru je nak pakai selipar angry bird aku, mak aku dah panggil. aku ingat nak pergi rumah jiran nak mintak sarapan (nenek akulah). aku patah balik ke dapur. dengan selambanya aku cakap...

"what's up ibu?" 
 "tu... pinggan tu bila nak basuh?"


hehe... sabarlah dikau wahai gadis. tahankan sajalah perutmu itu kelaparan. okay fine, ibu! aku terus basuh pinggan tanpa dipaksa atau dibelasah. aku basuh lah pinggan sambil bukak lagu dekat handphone aku tu. tulah tabiat aku sebenarnya, suka beno dengar lagu tidak dikira dimana jua aku berada. dalam 10minit je, aku dah siap basuh. time to hunt the food!


nak pergi rumah nenek, nak pergi rumah nenek nak cari makan! yeh yeh yeh!aku suka pergi rumah nenek aku sebab nenek aku suka masak goreng, lepas tu ada air teh dengan kopi panas sekali. kadang-kadang ada kuih, ada roti dengan jem. kalau nak diharapkan kat rumah aku tu, cis hampehh. dah smpai rumah nenek, aku hampa. semua sarapan dah habis. adik-adik aku lain dah kebas dulu. sabarlah sekali lagi wahai gadis huhu...


akhirnya, aku terpaksa basuh baju bertimbun tu. kbai haha!



p/s : Jangan ingat aku mengarut masa ni. Emosi tak stabil HAHA

No comments: