p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

11 November 2011

bosannya hari ni

selamat sejahtera dan salam satu malaysia, hehehe...


okay, apa yg perlu aku taip kat blog aku hari ni? hmmm... arr...  err... ARGH! aku bosan siam siak. memang bosan tahap mangkuk jamban kat rumah nenek aku. tahu tak bosan? bosan? orang gila je tak tahu apa maksud bosan tuh. kau orang gila ke? dah dah dah! aku tak nak mengarut, nnti ada tak ada yg nak baca blog aku ni, huhuhu....


kalau kau bosan, kau nak buat apa? mestilah kau keluar dengan kawan-kawan, takpon... tengok tv ke kan? tapi aku tidak, aku termenung. termenung memikirkan apa yg nak aku buat bila aku dah bosan. hilang juga rasa bosan aku tu. tapi, termenung aku tak menjadi selalunya, ibarat buat apam balik yg penyek.


ni bukan apam balik penyek sebenarnya, HAHA

 aku cakap kat mak aku pada satu hari...
"ibu, orang bosan hari ni!"
mak aku menjeling kat aku....
"pergi kemas bilik kau yg dah *bleep*, macam kandang lembu dah aku nengoknyer" 


ahhhh sudah.... bukannya aku malas nak kemas bilik aku tu, tapi tak ada feel lah beb! kita kalau nak kemas bilik mesti ada 'feel' kan? ye idok? ahaaaaa...




okay, bila dah jadi macam tu, aku pergi merayap. bukan merayap ke mana pun, pergi lepaklepak kat rumah nenek aku je. bukannya jauh mana pun, selang dua buah rumah je. lagipun, aku bukannaya duduk dekat kawasan kampung. dekat kawasan area taman je. kira ramai kawan-kawan setaman aku suka lepak kat rumah nenek aku, tapi bebudak kecik je. ahaaa siak!


dahhh aku balik rumah kalau dah tak ada apa-apa yg menarik kat sana. dah smpai rumah, aku termenung lagi. hmmmm fikir punya fikir.... ahaaa! memang bengap betul aku. ada handphone taknak guna, oh shit shit! aku pergilah bilik aku yg macam kandang lembu tu. lupa pulak aih aku letak phone aku kat mana. mmg selalunya aku letak phone aku bersepah-sepah, tak kira di mana jua. sesat lah phone aku dalam 'kandang lembu', huhuhu.... last-last, aku suruh akak aku buat misscall. dengarlah ringtone 'SING GOBANG GOSIR SIR, GULA GULA JAWA WA'... pernah dengar tak korang lagu dangdut indon tu? mesti tak kan? kahkahkah...


dah dapat phone aku, jadi.... aku terus hantar sms kat si dia. 2 minit.... ahhh lambat! dia tak balas. aku diam. termenung jap. aku bagi sms kat dia. 'busy ke?'. dia tak balas jugok lepas aku tunggu 5 minit. dah, aku putus asa. lantak kaulah labu. jadi, aku main je lah game dekat phone aku tu, game 'Brick Braker'. oh shit shit! aku asyik game over je. naik bengang lah aku! tak guna...


nak buat apa ni... hmm, bukak moko.mobi lah. chat ramai-ramai kan, tak bosan lah aku. mula masuk, best. ramai yg tegur aku. 'Hai cute', 'Hye bebeh'.... HAHAHA! dulik ar... babi bebi betul. itu smua mamat-mamat sabah bha. tak paham aku diaorang chat apa. kunuk ar, anu wha, boleh bha kalo ko.... haaa ndak paham aku. dah, aku campak phone aku entah ke mana....


last-last....




AKU TIDUR

No comments: