p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

25 November 2011

Lelaki Lepak Lapok

assalammualaikum dan selamat sejahtera ... serta salam satu malaysia...






ye, tajuk entri aku sekarang sungguh aku minat sekali (dah tentulah). kepada kaum perempuan, terutama sekali perempuan yg sebaya aku, sudah tentu berasa agak jelek melihat budak-budak lelaki tersadai dekat mall. berduyun-duyun pulak tuh, kalau boleh kaum kerabat dia semua nak lepak kat situ. aku benci dengan pemandangan nih, cukup benci sekali.


aku main rembat je kat Google, dah tak tahu nak letak gambar apa


memang aku tak senang tengok. bayangkanlah kalau satu koridor jalan tuh penuh dengan segerombolan budak lelaki. ya masyaALLAH habibi ya maulana. jangan ingat mereka hanya melepak dok soseh-soseh je, ada jugak yang menggatal tak tentu pasal. bila ada je awek pass away, eh bukan. bila ada je awek jalan kat depan mereka, dah mula dah bunyi tikus cencorot dia. dah tak ada jalan lain nak jalan, terpaksa jugaklah awek tu tebalkan muka lalu depan mamat-mamat tak guna. aku ada pengalaman jugak dengan kawan-kawan perempuan aku. kira sama jugak lah kesnya. dekat mall jugak. dari jauh aku dah nampak segerombolan lelaki melepak depan tandas ramai-ramai. mcam ada kenduri gayanya depan tandas tu. tandas? yes! tandas ya... eh apa kebengapnya melepak depan tandas kat mall tu? nak cakap nepal yang tukang kutip duit bilik air tidak jugak, takkanlah muka 'hensem-hensem' ni tukang kutip duit? haha tak baik kan aku cakap macam tu, ish ish...


kawan-kawan aku ni jenis pemalu, dah nak buat mcam mana lagi terpaksa lah lalu depan bilik air tu. dah dah, bunyi cencorot pssst pun dibuat. aku buat muka toya. ada sekor mamat ni ikut kita orang, dia dok usya kawan aku nak mintak nombor telefon. tak malu betul kau lelaki. dia panggil punya panggil kawan aku yang bertudung pink ni. dia  panggil lah macam ni, 'awak yg tudung pink tu, kita nak nombor awak!' aku jelir lidah sebab aku rasa geli sangat. dah masuk bilik air tu, mamat tu tetap panggil kawan aku. terjerit jerit pulak tu. HAI... terdesak sangat ke nak mintak nombor telefon? aku rasa, ramai yang setuju yang tindakan mamat tu memang memalukan. mesti antara korang pernah rasakan pengalaman ni?


dah berapa minit lepas tu, aku pun keluar dari tandas dengan kawan-kawan aku, takkanlah nak dok situ sampai malam. cehh, mamat tu ada lagi. kita orang selamba lalu je depan mamat-mamat tu. yang mamat tak malu tu tetap buat perangai tak malu dia. dia panggil punya panggil, kawan aku tetap tak nyahut. dah aku tahu mamat tu dah bebulu campur geram, mana taknya dia cakap kawan aku ni perasan cantik. poor u boy~


dah panaslah tu tak dapat nombor. booo kau jantan. tulah tabiat budak-budak lelaki zaman sekarang. sebab tu aku tak berapa kerap sangat keluar pergi mall. rasa tak sedap je mata memandang, haha gitu? kbai.




p/s : Benci lelaki bajet HOT



No comments: