p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

26 November 2011

Antara Kopi dan Teh... Aku dalam Dilema!

assalammualaikum dan selamat sejahtera... serta salam satu malaysia!




apa khabar kawan-kawan, cowok-cowok, cewek-cewek, pakcik-pakcik, makcik-makcik, pakwe-pakwe (ehem!), awek-awek (ohoh!), tuan-tuan dan puan-puan semua? hamboi... melebih pulak aku ni ==' hari ni aku nak cakap pasal minuman kegemaran aku ataupun air yang selalu aku minum (selain daripada air masak) iaitu kopi dan teh. tak kiralah panas ke, sejuk sesejuk air batu ke, atau suam-suam cagu kuku ke... aku tetap gian dengan dua minuman ni. satu hari kalau tak minum, rasa macam tak lengkap je hari aku. rasa macam tak indah, tak stim, tak best, tak sempurna, tak cun lah gitu...


dekat rumah, teh dan kopi selalu kehabisan stok. aku sorang je lah yang habiskan benda alah tu. suka sangat-sangat dengan kopi dan teh. selalunya dalam seminggu tu, hari-hari aku buat kopi sendiri. aku tak akan suruh adik aku, mak aku, abang aku even bapak aku sekali. sebab aku tahu kopi dan teh tu tak akan sedap kalau kaum kerabat aku yang buat, tak syiok. rasa macam payau, pahit sangat, tak feel rasa kopi nya tu. mmg aku tak sedap hatilah kalau minum kopi buatan orang, apatah lagi kopi buatan kakak aku. err, macam letak sesuatu, sesuatu yang membuatkan aku rasa begitu aneh. haha apa tu?


peh kopi ni memang KAW KAW! terus aku terbang tinggi ke langit!


ni memang fav aku gila-gila. kopi ni tak payah nak tapis dia punya serbuk. kau letak jelah kat dalam teko, sure tak ada habuk sangat, tapi tetap ada jugaklah. kadang-kadang tu bila musim peperiksaan, aku memang kena jaga malam sebab nak study last minute HAHA. aku buat kopi pekat-pekat nak hilangkan rasa ngantuk. tapi tak boleh jugak, aku tetap tertidur atas meja study tu sampai air kopi aku tu dah sejuk. esoknya, ternganga beso tengok kertas periksa T.T.


brand ni yang paling aku gilakan sangat!


Lipton! aku suka sngat teh jenis ni. rasa macam dekat kemerun hailen. tak kisahlah panas ke sejuk ke, i leb bely mac! aku selalu buat teh dan kopi tu satu jag. aku memang rajin buat air hari-hari. lagi-lagi air manis (kencing sweet lah aku lepas ni). adik-beradik aku selalu puji aku buat air memang sedap sangat, macam dekat warung tepi jalan tu (perli ke puji weh?) haha... kalau teh yang aku buat tu tak laku, aku sejukkan dalam freezer peti ais haha, jadilah aiskrim malaysia berperisa teh Lipton.


persoalannya, aku suka yang mana satu ni...? teh ke kopi? apa pendapat korang, suka kopi atau teh? hempuk sendi, tanya sendiri :p




p/s : Aku taip post ni time si panda gemuk ngorok depan televisen

No comments: