p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

29 November 2011

Tak Guna T____T

assalammualaikum dan selamat sejahtera... serta salam satu malaysia kawan-kawan!




kenapa post title 'Tak Guna T__T'? hah... kau tengoklah kat blog Cik Epal nih...






aku sengaja sensored kan gambar tu, jangan tanya aku kenapa! T____T i hate u, apek! hate damn much. aku paling suka part yang cik epal tulis macam ni...


"Aku memang anti mamat mamat curang ni.Kot ye pon jangan propa boleh? tapi apa apa hal pon "What u give u get back". Apa adahal. ye dak?
        
Memang ramai pon orang curang but mungkin sebab orang menaruh harapan tinggi dekat kau sebab bola bagai ni. Orang respek kau sebab tu. Aku pon respek jugak lah kau sebagai penjaga gol. Cuma aku tak respek bab dia bagi kenyataan dekat surat khabar semua . Cakap bukan playboy lah, takde orang ke tiga bagai lah, hape lah.Propa lebih lah. ni hape benda dowhh semua mende alah ni?? 
Pleasee lah jangan menipu rakyat Malaysia . Kot ye pon cakap je lah dekat press"ha'ah memang pon aku playboy. kau mampuuuuuuuuuuuuuu??" "


so... ada yg masih minat dengan apek ni? takpe, aku still respect dia sebagai penjaga gol yg hebat. kalau taklah, aku tenyeh je muka dia dengan belacan yg mak aku buat tu. lalala~

apsal semak je logo Astro tuh?






p/s: Rasa-rasanya, Nazmi tu okey tak untuk aku? >.<

Pandainya...

assalammualaikum dan selamat sejahtera... serta salam satu malaysia kawan-kwan!


mata dia beso weh, kalah lens aku






itu hanya gambar semata-mata gambar. aku mengambil masa lebih kurang 4jam nak siapkan design blog aku yg terbaru. post yang sebelum ni, aku putus asa HAHA... then, aku cari punya cari dan bertungkus-lumus siapkan design hari ni jugok! yeah, hasilnya.. not bad! *puji diri sendiri. ohohohoho!


mula-mula, memang agak payah gila nak mmpos aku cari design yg menarik hati aku. aku asek jumpa yang jenis gedik-gedik, pink-pink, blink-blink, sparkle-sparkle je... bukan taste aku =='
aku just nak simple pimple jerawat je, tu jer! 


aku balas dendam kat post aku sebelum ni, pandainya... HAHA! aku dah renew balik header aku tu. entah ke berapa kali aku tukar header tu, sekejap domo kun lah, langit lah, apalah... sekali aku buat header simple macam tu je, lagi senang. tak payah nak serabutkan kepala hotak aku sendiri nak design macam mana. nak buat yang flash gerak-gerak, aku tak reti langsung. boo diri sendiri T_____T


ada sorang kawan aku tu, dia pun blogger jugak. dia cakap blog aku cute? cute? cute dia cakap? *hantuk kepala kat dinding. dan, dia suruh aku design blog dia. wah! aku pulak? ahahaha. yelah dia pon baru je nak berjinak-jinak dalam dunia Blogger ni. okeh, aku tolong dia. aku just tukar HTML dia je, last-last cantek wohh. aku pulak yg jd cemburu tak memasal. bodododohhh...


sekarang aku dah puas hati dgn blog aku (puas ker??) tengoklah dulu, manalah tahu aku tetiba je nak gatal tukar design lain :P




p/s: Aku tak tahu apa itu Nuffnang?

27 November 2011

Bodohnya...

assalammualaikum ...


shit, aku tak jadi nak tukar design blog aku sebab aku tak jumpa design yang mmpu menarik perhatian. aku jeles tengok blog orang lain yang blink-blink, yang smart-smart, yang flash-flash, yang twinkle-twinkle, yang hensem-hensem, yang lawa-lawa, yang boleh gerak-gerak, yang kiut-kiut, yang miut-miut.... T.T


aku memang kesiankan budak ni


tak sampai 24jam aku tulis post pasal nak tukar design, aku dah buat post pasal tak jadi nak tukar design. hmm, takpelah takpelah... ye blog aku buruk... pergilah sana kau! huhuhu... ibu~




p/s : Emosional tak memasal

26 November 2011

Rasa Macam nak Tukar Design Bloglah

assalammualaikum dan selamat sejahtera... serta salam satu malaysia kawan-kawan!




okey, aku rasa macam tak best lah pakai design blog ni. font nya terlalu kecik beno. sakit mata orang nak membacanya, patutlah follower aku sikit  sangat. mesti orang yang tak rabun membacanya tetiba jadi rabun. tak aniaya anak orang kalau macam tu? huhuhu...


sakit mata sangat... takpe aku  paham perasaan korang HAHA


dahlah burok pulak tu kan? huhu (nangis sambil lap hingus kat baju kau). hmm takpelah, aku tengah rajin-rajin nak cari design baru dekat intenat nih, manalah tahu kot-kot aku terjumpa yang lawo-lawo pink macam barbie. KAHKAH .. taknak lah aku pink, bukannya tak minat pink. aku ni tak berjiwa lembutlah, tapi tetap suka pink sebagai warna kelembutan wanita. auw auw... lagipun, aku ni newbies, mmg cetek ilmu aku pasal dunia blog ni. harap-harap adalah yang sudi menghulurkan kaki untuk menolong aku yang amat naif dan daif nih, okeh kehkeh.




p/s : Alhamdulillah, ada jugak yang jumpa blog aku yang agak terpencil ni HOHO, terima kasih awak awak   awak! *menggedik sesaat

Antara Kopi dan Teh... Aku dalam Dilema!

assalammualaikum dan selamat sejahtera... serta salam satu malaysia!




apa khabar kawan-kawan, cowok-cowok, cewek-cewek, pakcik-pakcik, makcik-makcik, pakwe-pakwe (ehem!), awek-awek (ohoh!), tuan-tuan dan puan-puan semua? hamboi... melebih pulak aku ni ==' hari ni aku nak cakap pasal minuman kegemaran aku ataupun air yang selalu aku minum (selain daripada air masak) iaitu kopi dan teh. tak kiralah panas ke, sejuk sesejuk air batu ke, atau suam-suam cagu kuku ke... aku tetap gian dengan dua minuman ni. satu hari kalau tak minum, rasa macam tak lengkap je hari aku. rasa macam tak indah, tak stim, tak best, tak sempurna, tak cun lah gitu...


dekat rumah, teh dan kopi selalu kehabisan stok. aku sorang je lah yang habiskan benda alah tu. suka sangat-sangat dengan kopi dan teh. selalunya dalam seminggu tu, hari-hari aku buat kopi sendiri. aku tak akan suruh adik aku, mak aku, abang aku even bapak aku sekali. sebab aku tahu kopi dan teh tu tak akan sedap kalau kaum kerabat aku yang buat, tak syiok. rasa macam payau, pahit sangat, tak feel rasa kopi nya tu. mmg aku tak sedap hatilah kalau minum kopi buatan orang, apatah lagi kopi buatan kakak aku. err, macam letak sesuatu, sesuatu yang membuatkan aku rasa begitu aneh. haha apa tu?


peh kopi ni memang KAW KAW! terus aku terbang tinggi ke langit!


ni memang fav aku gila-gila. kopi ni tak payah nak tapis dia punya serbuk. kau letak jelah kat dalam teko, sure tak ada habuk sangat, tapi tetap ada jugaklah. kadang-kadang tu bila musim peperiksaan, aku memang kena jaga malam sebab nak study last minute HAHA. aku buat kopi pekat-pekat nak hilangkan rasa ngantuk. tapi tak boleh jugak, aku tetap tertidur atas meja study tu sampai air kopi aku tu dah sejuk. esoknya, ternganga beso tengok kertas periksa T.T.


brand ni yang paling aku gilakan sangat!


Lipton! aku suka sngat teh jenis ni. rasa macam dekat kemerun hailen. tak kisahlah panas ke sejuk ke, i leb bely mac! aku selalu buat teh dan kopi tu satu jag. aku memang rajin buat air hari-hari. lagi-lagi air manis (kencing sweet lah aku lepas ni). adik-beradik aku selalu puji aku buat air memang sedap sangat, macam dekat warung tepi jalan tu (perli ke puji weh?) haha... kalau teh yang aku buat tu tak laku, aku sejukkan dalam freezer peti ais haha, jadilah aiskrim malaysia berperisa teh Lipton.


persoalannya, aku suka yang mana satu ni...? teh ke kopi? apa pendapat korang, suka kopi atau teh? hempuk sendi, tanya sendiri :p




p/s : Aku taip post ni time si panda gemuk ngorok depan televisen

25 November 2011

Lelaki Lepak Lapok

assalammualaikum dan selamat sejahtera ... serta salam satu malaysia...






ye, tajuk entri aku sekarang sungguh aku minat sekali (dah tentulah). kepada kaum perempuan, terutama sekali perempuan yg sebaya aku, sudah tentu berasa agak jelek melihat budak-budak lelaki tersadai dekat mall. berduyun-duyun pulak tuh, kalau boleh kaum kerabat dia semua nak lepak kat situ. aku benci dengan pemandangan nih, cukup benci sekali.


aku main rembat je kat Google, dah tak tahu nak letak gambar apa


memang aku tak senang tengok. bayangkanlah kalau satu koridor jalan tuh penuh dengan segerombolan budak lelaki. ya masyaALLAH habibi ya maulana. jangan ingat mereka hanya melepak dok soseh-soseh je, ada jugak yang menggatal tak tentu pasal. bila ada je awek pass away, eh bukan. bila ada je awek jalan kat depan mereka, dah mula dah bunyi tikus cencorot dia. dah tak ada jalan lain nak jalan, terpaksa jugaklah awek tu tebalkan muka lalu depan mamat-mamat tak guna. aku ada pengalaman jugak dengan kawan-kawan perempuan aku. kira sama jugak lah kesnya. dekat mall jugak. dari jauh aku dah nampak segerombolan lelaki melepak depan tandas ramai-ramai. mcam ada kenduri gayanya depan tandas tu. tandas? yes! tandas ya... eh apa kebengapnya melepak depan tandas kat mall tu? nak cakap nepal yang tukang kutip duit bilik air tidak jugak, takkanlah muka 'hensem-hensem' ni tukang kutip duit? haha tak baik kan aku cakap macam tu, ish ish...


kawan-kawan aku ni jenis pemalu, dah nak buat mcam mana lagi terpaksa lah lalu depan bilik air tu. dah dah, bunyi cencorot pssst pun dibuat. aku buat muka toya. ada sekor mamat ni ikut kita orang, dia dok usya kawan aku nak mintak nombor telefon. tak malu betul kau lelaki. dia panggil punya panggil kawan aku yang bertudung pink ni. dia  panggil lah macam ni, 'awak yg tudung pink tu, kita nak nombor awak!' aku jelir lidah sebab aku rasa geli sangat. dah masuk bilik air tu, mamat tu tetap panggil kawan aku. terjerit jerit pulak tu. HAI... terdesak sangat ke nak mintak nombor telefon? aku rasa, ramai yang setuju yang tindakan mamat tu memang memalukan. mesti antara korang pernah rasakan pengalaman ni?


dah berapa minit lepas tu, aku pun keluar dari tandas dengan kawan-kawan aku, takkanlah nak dok situ sampai malam. cehh, mamat tu ada lagi. kita orang selamba lalu je depan mamat-mamat tu. yang mamat tak malu tu tetap buat perangai tak malu dia. dia panggil punya panggil, kawan aku tetap tak nyahut. dah aku tahu mamat tu dah bebulu campur geram, mana taknya dia cakap kawan aku ni perasan cantik. poor u boy~


dah panaslah tu tak dapat nombor. booo kau jantan. tulah tabiat budak-budak lelaki zaman sekarang. sebab tu aku tak berapa kerap sangat keluar pergi mall. rasa tak sedap je mata memandang, haha gitu? kbai.




p/s : Benci lelaki bajet HOT



23 November 2011

Damn... Basuh Baju!

hari ni, aku bangun pagi. pada pukul 6.30 pagi. duduk termenung jap atas katil. raba-raba kat mata, uhh... ada najis mata yang dah kering, aku buang. sedap-sedap aku tonyoh mata aku, tetiba je ada yang menendang belakang aku. ya ALLAH, subhanaALLAH... sakitnya mcam !@#$%^&*. geramnya aku, siapa pulak yang jotos belakang aku ni. aku tengok belakang, rupa-rupanya si panda gemuk gedempol yang tendang aku. dah, aku bangkit dari katil. tak mahu lagi dijotos sama si gemuk.

aku melangkah ke meja solek. duduk rilek jap tengok cermin. hmm... hmm... rambut aku masyaALLAH... dah macam...

HANTU KAK LIMAH

jeng, jeng... dah dah! aku terus rembat tuala pergi bilik air. 

dalam pukul 8 pagi, aku tengok tv jap. nak tengok kartun, tapi tak best semuanya. smuanya kartun bawah umur, aku nak kartun atas umur. shitt... aku pergi dapur mana tahu ada makanan ke, jajan ke nak dimakan. tapi hampehh. aku kerling jap dekat sebelah pintu bilik air. baju bertimbun. haha malasnya nak basuh baju milik sembilan orang. kau boleh bayangkan tak berapa banyak baju yang aku kena basuh? tak terkira banyaknya weh. dahlah mesin basuh rumah aku rosak. betapa peritnya derita seorang gadis berusia 16 tahun ini. kasihan sungguh. 

tak apa. aku biarkan kejap baju-baju tu bertimbun. yang penting sekarang, aku nak cari makan. baru je nak pakai selipar angry bird aku, mak aku dah panggil. aku ingat nak pergi rumah jiran nak mintak sarapan (nenek akulah). aku patah balik ke dapur. dengan selambanya aku cakap...

"what's up ibu?" 
 "tu... pinggan tu bila nak basuh?"


hehe... sabarlah dikau wahai gadis. tahankan sajalah perutmu itu kelaparan. okay fine, ibu! aku terus basuh pinggan tanpa dipaksa atau dibelasah. aku basuh lah pinggan sambil bukak lagu dekat handphone aku tu. tulah tabiat aku sebenarnya, suka beno dengar lagu tidak dikira dimana jua aku berada. dalam 10minit je, aku dah siap basuh. time to hunt the food!


nak pergi rumah nenek, nak pergi rumah nenek nak cari makan! yeh yeh yeh!aku suka pergi rumah nenek aku sebab nenek aku suka masak goreng, lepas tu ada air teh dengan kopi panas sekali. kadang-kadang ada kuih, ada roti dengan jem. kalau nak diharapkan kat rumah aku tu, cis hampehh. dah smpai rumah nenek, aku hampa. semua sarapan dah habis. adik-adik aku lain dah kebas dulu. sabarlah sekali lagi wahai gadis huhu...


akhirnya, aku terpaksa basuh baju bertimbun tu. kbai haha!



p/s : Jangan ingat aku mengarut masa ni. Emosi tak stabil HAHA

19 November 2011

Konon-konon minat bola (SEA GAMES - Bola Sepak)

assalammualaikum dan salam sejahtera semua darling-darling dan darlo-darlo semua ye... serta salam satu khairul fahmi, eh silap salam satu malaysia lahhhhh...


haha kenapa tersesat nama khairul fahmi anak lelaki che mat tu? ehek-ehek! (ketawa gedik). aku minat penjaga goal ni sejak aku tengok dia beraksi hensem sewaktu perlawanan kelayakan piala dunia (malaysia tak layak pon huhu). peh, aku tengok mamat ni cina ke apa? sepet je mata, kulit je kulit, kacak semacam je... haha rupa-rupanya melayu tulen. orang puchong ghopenye. 


amboi hensemnya kau nyah!

enough, enough! tak mahulah aku minat jejaka berusia 22 tahun ini semata-mata rupa dia yang kacak, hensem, gojes tuh. aku memang minat cara dia kekalkan karier dia sebagai penjaga gol skuad bola sepak malaysia, harimau malaya. wah wah, kau tengok tak dia beraksi di padang? konfem! jangan nak bohong aku yang dia ni sememangnya penjaga gol yang cukup profesional walaupun dia masih muda (part yg muda tu aku suka beno). dan dia juga masih mengekalkan identiti profesional sewaktu dia dikhabarkan putus tunang. perkara tu sedikit pun tak menjejaskan karier dia sendiri. hebat kan pujaan hati aku ni? mula-mula aku kenal mamat ni, memang terpikat. ingat nak usha, nak mintak email facebook atau blog... rupa-rupanya dah ada tunang. eh, sedih tau hati aku ni! sedih sangat. jadi, aku putus asa. bila habis je musim kelayakan piala dunia tu, aku dengar cerita dia dah putus tunang. PUTUS TUNANG? haha eh aku tak percaya, terus aku call mak dia. 'eh betul ke abang pami (Khairul Fahmi) dah putushhh tunang?' mak dia pon terus potpet kat aku 'hok iyo abeh pami kau tu putuih tunang. sat lagi kau abih sekolah, makcik teruih hantar meminang kau? okeh idok?'

mana ada. mak dia pon aku tak kenal. bengap kau kalau kau percaya ==' haha. aku rasa aku dah tersasar daripada tajuk post aku nih. adeh, mahaap mahaap! okeh, berbalik kepada tajuk asal post aku sekarang ni, ingin aku kongsikan saat kegembiraan rakyat malaysia serta skuad bola sepak kita sendiri bahawa malaysia telah menumpaskan indonesia dengan 1-0. wow, memang wow! aku tengok tau perlawanan tu,jangan ingat aku tak tengok. 

mak aku cakap aku ni 'over action' tengok bola. terjerit-jerit cakap 'adeh sipi je tu!'. tu je lah ayat yang aku cakap, tu jelah sebab aku tak tahu dah nak cakap aku lagi. ayah aku dngan adik laki aku diam je, tak bebel apa pun. diaorang steady je. aku nak tengok khairul fahmi je, bukannnya ada sebab yang lain pun. kira okeh lah tu aku sokong malaysia kan dengan hanya menonton perlawanan tu kalau nak dibandingkan orang yang langsung tak tengok. haha lagi baik aku kan? nak tahu tak time aku tengok tu, haha... tetiba je aku rasa geram semacam. geram sebab pemain-pemain asyik terlepas peluang nak jaringkan gol. sedangkan banyak peluang terpampang depan mata. yelah, apa orang cakap ek? arr apa peribahasa tu ye, aku tak ingat lah. lupakan je lah. aku rasa baik aku je jadi pemain malaysia, lagi hebat kot. boleh satu team dengan abang pami aku, hihik!

dan beberapa hari lepas tu (hari ni), malaysia menentang myanmar. yeehaa, ariba ariiba! malaysia menang dengan 1-0 jugak. perlawanan pada hari ni memang serabut sikit, myanmar dikira banyak menguasai padang. asyik myanmar je yang sibuk passing bola kat team diaorang sendiri. rasa nak tumbuk-tumbuk je kucing aku (tak memasal kucing aku jadi mangsa) dan yang paling aku nervous sekali, abang pami aku terpaksa bersusah payah mengelak bola daripada dijaring gol oleh pemain myanmar yang berjersi 10 tuh, fakk fakk ah! pendengki betul ek orang myanmar ni, tak boleh nak tengok abang pami aku tu jaga gol. rasa-rasanya, dah banyak kali myanmar diberi free kick. itu pun sebab atas kekasaran pemain malaysia sendiri. memang ganas diaorang main. 8 kekasaran u know? myanmar cuma 2 kekasaran je. 

aku paling bangga gila dengan abang pami aku. ni bukan bodek eh, tapi dah memang kenyataan. dah banyak kali pemain myanmar nak jaringkan gol, tapi peh abang pami aku tetap cekap dan fokus je menangkap bola. uhuuuu, i leb biu lah! tak sia-sia aku mencintai kau, wahai abang pami ku~


AKSI Baddrol Bahtiar yang berentap dengan pemain Myanmar, Aye San dalam saingan separuh akhir bola sepak Sukan SEA ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, hari ini. Malaysia menang 1-0.




caption tu aku copy dari Berita Harian Online hehe... okeh, tahniah buat malaysia. moga-moga malaysia dapat gelaran juara. aum aum aum untuk harimau malaya! mengaum aum dengan abang pami ku kehkeh.






p/s : Abang Pami sihat?

17 November 2011

Kelas tunggang langgang

assalammualaikum dan salam sejahtera... serta salam satu malaysia semua...




hahaha, akhirnya musim cuti sekolah dah smpai. budak-budak sekolah dah campak beg sekolah entah ke mana, kasut sekolah dah buang dalam tong sampah, baju sekolah terus campak dalam mesin basuh (takde nya nak gantung balik kat almari), mulalah rancang nak buat apa cuti sekolah ni. ada yg nak kerjalah (macamlah kau cuti sekolah setahun, sebulan lebih je kot), ada jugak nak plan ajak keluarga pergi cuti ke sana ke mari, haa untunglah~


cikgu dah bagi kerja sekolah, tengok macam sikit je. tapi, leceh nak buat. semua sebab MALAS. malas, malas, dan malas. tengoklah kalau ada masa, aku buat ye cikgu? huhuhu...


dua hari sebelum berakhirnya hari terakhir di sekolah, aku buat kerja jahat kat kelas. aku bunuh kawan-kawan aku. aku buat BBQ, daging kawan-kawan aku. haha, bodoh lah kalau percaya ==' biasalah bawak benda terlarang pergi sekolah. aku tak tahu dah nak buat apa kat sekolah, bosan. kelas pun dah macam apa dah aku tengok. masya Allah...




masa aku datang pagi-pagi, langsir tu tersangkut dekat kipas siling






ni botol-botol air yang tak sempat dikitar semula









semua warga kelas aku PEMALAS



haha tak semua lah pemalas. aku? aku mestilah rajin. jangan nak tuduh aku bukan-bukan! semua budak-budak kelas aku buat hal masing-masing. ada yang landing tidur (aku tak), ada yang buat mesyuarat tingkap (kadang-kadang aku menyelit), ada yang terpekik terlolong (bukan aku), ada yang berangan jadi model sekolah (aku tak sesuai), dan yang last sekali... ada yang duduk diam baca novel (ni aku). budak ni diam je, tak terejal macam orang gila meroyan. haha...


  
sikit sangat yang datang ke sekolah, ni je yang rajin (termasuk aku)

memang sikit sangat yang datang hari tu, lebih kurang lima belas orang macam tu lah. haha bangga siot. jangan ingat kelas aku je yang macam padang jarak, kelas lain pon dua kali lima jer. ada yang lagi teruk, kira kelas aku ni tak teruk mana pun. bolehlah baiknya kan. sepatutnya, kelas-kelas memang perlu dibersihkan dan di'clear'kan secepat yang mungkin. tapi aku tengok, tak ada apa-apa tindakan pun budak-budak lain buat. masing-masing buat muka comel, muka innocent, muka tak tahu malu, dengan muka monyet sekali (bukan aku jugak okay)





yang phone pink tu smart, tapi yang phone yang hitam tu aku tak tahu nak cakap apa

antrara gejala yang kurang enak dan sedap yang berlaku pada hari tersebut

identiti dua orang pelajar ini terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab munasabah. kebarangkalian, mereka berdua akan dikejar oleh askar-askar thailand. 

okay, sampai di sini sajalah jari jemariku menekan-nekan keyboard. kbai.

Moral : Jangan bawa telefon bimbit ke sekolah

15 November 2011

Surat Ghonyok (Renyuk) buat Yoyong Sayang~

333, jalan jalan cari makan,
taman bunga bungik,
333333 batu terbelah dua,
johorian darul takde.


11 disember 2012


*salah format karangan








assalammualaikum kepada yoyong ku yang tercinta, yang kini berada di mana-mana jua (aku tidak tahu), semoga kau sihat bersama di samping keluarga yang kau cinta bangat~


yoyong...
    yoyong dah mamam ke belum? harap yoyong belum mamam lagi, sbab yayang nak bawa yoyong ke marrybrown nak belanja makan. tak mahulah yoyong kenyang, nanti yoyong tak nak temankan yayang mamam kat sana, hihihi... rindu cangat sangat kat buyong yoyong. yoyong cehat sihat tak? harap-harap yoyong tak sihat sebab yayang nak jaga yoyong cangat sangat sejak dari dulu lagi. yayang nak kasi yoyong mamam ubat. biarlah yoyong baring kat lengan yayang walaupun kepala yoyong sma berat dengan tong gas. yayang tak kecah kisah pun :)


    yoyong tak nakal-nakal kat sana? kalau yoyong nakal, yayang nak majok merajuk dengan yoyong. yayang nak buat bibir muncung dengan terjuih sekali. biar yoyong cakap yayang ni comel bila merajuk, heee cuka suka nyeeee. yoyong, yoyong... yoyong dah tahu tak yang yayang ni dah tak taip peyat pelat lagi bila kita ber'sms'. yoyong sedar tak kan kan kan? heeee, yayang dah tak pelat hihik. 


      yoyong... yoyong rindu dekat yayang tak? yayang rindu sewaktu kita main cubit-cubit pipi dulu. oh schuweetnyer kita masa tu kan. kita tangkap gambar came-came sama-sama, kita kembung pipi sma-sama, kita buat gaya mukabayi (babyface) sama-sama... wahh, schuweet nyer tite berdua. dah manyak banyak masa kita lalui bersama. tak sangka, dah genap sebulan kita bersama :)


ni donkey kita yang baru je sembelih dengan orang asli semalam T.T



       yoyong bila nak balik sini? yayang nak sangat tatap muka yoyong yang comel loteh tu. geram tengok pipi montel yoyong yang banyak lemak berkrim disukai ramai. dah banyak kali yayang kena usha dgn orang-orang kat sini. yayang rimaslah, yayang tak sukalah, yayang fed-up lah yoyong... diaorang selalu cakap yayang ni comel, yayang ni cute, yayang ni cantik, yayang ni beautifool, yayang ni ayu, yayang ni anggun, yayang ni jelita.... hmm.., yayang menci ar. tak suka, tak suka, tak suka! memanglah yayang tahu yang yayang ni cantik, anggun,jelita, and so so on... tapi tak payahlah nak kecoh-kecoh kan? nanti makin ramailah yang nak usha yayang ni. kecian kesian yoyong kan? yoyong mesti cemburu sangat kan? tak apalah, yoyong teruskan cemburu. kan cemburu tu tandanya cayang sayang kan? yoyong sayang yayang kan? jadi, yoyong kena jadi cemburu sangat tau. yayang nak yoyong sayang sangat-sangat, ketad-ketad, sempit-sempit kat yayang :)


    yoyong, sampai di sinilah yayang menggerakkan pen pilot yayang ni. yayang nak kena jimat dakwat pen ni sebab pen ni mahal sangat. kejap lagi yayang nak kena keluar ni. ada orang ajak pergi dating dataran merdeka. saja-saja nak lepak kat situ. okay yoyong, I lap love u so much much! tata, titi, tutu....





yang tak ikhlas,
   Yayang








Nota : Aku tengah bosan =='


Teristimewa buat Myra :*

13 November 2011

Nak ponteng ke tidak?

assalammualaikum dan selamat sejahtera semua... salam satu malaysia! (malaysia satu~)




yeah... cuti sekolah kian menghampiri, kasut sekolah dah mula malas nak basuh (sejak bila aku rajin basuh kasut?), kerja sekolah pon dah malas nak update, hoh? pergi sekolah beg dah macam tak ada isi langsung dalamnya (buku teks dah pulangkan balik), semangat nak mengulor kat rumah mula membara, semangat nak ke sekolah mula mundur, dah mula bosan duduk kat sekolah (sejak bila aku tak bosan?), cikgu-cikgu dah bagi senarai kerja sekolah dekat blog sekolah, ahh siot...


lagi seminggu sebelum melangkah ke alam cuti-cuti melesia. seminggu tu jugak aku kena sekolah. aku tak tahu dah nak buat apa bila dah datang sekolah. bila masuk je kelas, sunyi je. tunggang langgang pun ada. surat-khabar bersepah-sepah, pehhh. aku ingat ada orang gila tidur kat kelas aku. satu koridor kat blok tingkatan empat bersepah dengan surat khabar. aishh, apa nak jadi dah dengan sekolah. itu satu... lagi satu hal, bebudak dah ramai ambil cuti sesuka hati. diaorang layan sekolah ni macam sekolah mak bapak diaorang sendiri, sesuka hati je tak datang. tapi lagi bagus kot diaorang tak datang. tak ada lah cikgu nak mengajar. cikgu pun boleh rilek, hehehe...


memang bosan aku melepak kelas tanpa ada cikgu. aku baca je novel cinta sebab nak buang rasa  bosan aku yang dah tahap kronik tu. tersengih-sengih aku baca novel tu sorang-sorang. konon-konon berangan jadi watak dalam novel tu. aku kalau dah baca, aku baca betul-betul, detail-detail tahu. kalau boleh, satu perkataan pun aku tak mahu terlepas baca. dahhh, kawan aku tuduh aku kuat berangan tiba-tiba. ahh malu aku. malu tak tahu mana nak tuju ohhh oh huwohh, hatiku rassa berbulu~


   
                                                       berbulu je dada budak ni, HAHAHA


bila aku tak bawak novel pulak, hmm... aku tidur je kat kelas. tidur sampai waktu rehat. lebih kurang dua jam aku tidur, hahaha tak malaun ke tu? dah bosan, nak buat apa lagi kat kelas? cikgu pun tak masuk, entah apa je yang cikgu buat kat bilik guru tu agaknya. kadang-kadang tu aku tertidur sampai air liur meleleh. malu bila ada kawan sedar ada ngences kat pipi aku. aku buat bodoh je, macam tak biasa pulak tengok orang meleleh air liur bila tertidur. ingat aku sorang je ngorok kat kelas, kawan-kawan aku semua dua kali lima je. dah macam bukan kelas dah aku tengok, macam bilik tidur je....


so, apa patut aku datang sekolah seminggu ni?


ahaaa.... aku ponteng je lah :p


kbai~

11 November 2011

bosannya hari ni

selamat sejahtera dan salam satu malaysia, hehehe...


okay, apa yg perlu aku taip kat blog aku hari ni? hmmm... arr...  err... ARGH! aku bosan siam siak. memang bosan tahap mangkuk jamban kat rumah nenek aku. tahu tak bosan? bosan? orang gila je tak tahu apa maksud bosan tuh. kau orang gila ke? dah dah dah! aku tak nak mengarut, nnti ada tak ada yg nak baca blog aku ni, huhuhu....


kalau kau bosan, kau nak buat apa? mestilah kau keluar dengan kawan-kawan, takpon... tengok tv ke kan? tapi aku tidak, aku termenung. termenung memikirkan apa yg nak aku buat bila aku dah bosan. hilang juga rasa bosan aku tu. tapi, termenung aku tak menjadi selalunya, ibarat buat apam balik yg penyek.


ni bukan apam balik penyek sebenarnya, HAHA

 aku cakap kat mak aku pada satu hari...
"ibu, orang bosan hari ni!"
mak aku menjeling kat aku....
"pergi kemas bilik kau yg dah *bleep*, macam kandang lembu dah aku nengoknyer" 


ahhhh sudah.... bukannya aku malas nak kemas bilik aku tu, tapi tak ada feel lah beb! kita kalau nak kemas bilik mesti ada 'feel' kan? ye idok? ahaaaaa...




okay, bila dah jadi macam tu, aku pergi merayap. bukan merayap ke mana pun, pergi lepaklepak kat rumah nenek aku je. bukannya jauh mana pun, selang dua buah rumah je. lagipun, aku bukannaya duduk dekat kawasan kampung. dekat kawasan area taman je. kira ramai kawan-kawan setaman aku suka lepak kat rumah nenek aku, tapi bebudak kecik je. ahaaa siak!


dahhh aku balik rumah kalau dah tak ada apa-apa yg menarik kat sana. dah smpai rumah, aku termenung lagi. hmmmm fikir punya fikir.... ahaaa! memang bengap betul aku. ada handphone taknak guna, oh shit shit! aku pergilah bilik aku yg macam kandang lembu tu. lupa pulak aih aku letak phone aku kat mana. mmg selalunya aku letak phone aku bersepah-sepah, tak kira di mana jua. sesat lah phone aku dalam 'kandang lembu', huhuhu.... last-last, aku suruh akak aku buat misscall. dengarlah ringtone 'SING GOBANG GOSIR SIR, GULA GULA JAWA WA'... pernah dengar tak korang lagu dangdut indon tu? mesti tak kan? kahkahkah...


dah dapat phone aku, jadi.... aku terus hantar sms kat si dia. 2 minit.... ahhh lambat! dia tak balas. aku diam. termenung jap. aku bagi sms kat dia. 'busy ke?'. dia tak balas jugok lepas aku tunggu 5 minit. dah, aku putus asa. lantak kaulah labu. jadi, aku main je lah game dekat phone aku tu, game 'Brick Braker'. oh shit shit! aku asyik game over je. naik bengang lah aku! tak guna...


nak buat apa ni... hmm, bukak moko.mobi lah. chat ramai-ramai kan, tak bosan lah aku. mula masuk, best. ramai yg tegur aku. 'Hai cute', 'Hye bebeh'.... HAHAHA! dulik ar... babi bebi betul. itu smua mamat-mamat sabah bha. tak paham aku diaorang chat apa. kunuk ar, anu wha, boleh bha kalo ko.... haaa ndak paham aku. dah, aku campak phone aku entah ke mana....


last-last....




AKU TIDUR

4 November 2011

Hai semua er =='

bismillahhirrahmannirahim...


jap-jap, nak buang kahak dulu... haktuihh~ oh maafkan shaye hohoho~


untuk pengetahuan kamu semua, aku ni baru je belajar nak buat blog sendiri. selalunya aku rajin baca blog blogger yang gila-gila dan banyak isi. contohnya macam blog Faiz Tapit. haha memang kelako gila lembu, dia ni memang suka lembu. blog dia yang paling aku gemar sangat. kebanyakannya berunsurkan lawak yang gila spontan lah. aku pun tak ada otak yang segeliga lawak macam dia. patut dia masuk maharaja lawak mega lah, bhahaha! muka dia pon lawak. tapi paling aku banci  benci, dia minat lisa surihani






 
kau ingat aku menangis ke kalau dia minat Lisa Surihani? 


  dan satu lagi perkara, kalau nak buat blog ni kena ada unsur yang menarik sikit. er sikit ke? aku rasa memang perlukan unsur yang banyakkkkk beno ye idok? tapi macam mana ye aku nak ada isi yang banyak ye? hmmm....