p/s : header yang terlalu simple. macam budak - budak. HAHA tak reti buat header lah! xD

16 February 2012

Pengalaman Inspirasi

assalammualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan, pakcik makcik, adik akak abang, mak mentua bapak mentua... and so so on lah :B




Today I don't feel like doing anythingI just wanna lay in my bedDon't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone'Cause today I swear I'm not doing anything
ingat aku suka sangat ke lagu Berok Emas ni? tak, tak... sama sekali tidak. malah, aku kutuk kaw-kaw punya. sebab apa? hah ni yang kita nak tahu ni! sebab saya memang taknak jadi pemalas. takkanlah satu hari dok tak buat apa-apa macam orang lumpuh? eh eh eh hey, orang gila pun tak dok diamlah. dia ada jugak lari-lari kat tengah jalan kejar korang. kira kerja dia lah tu. 
okeh, itu hanya cekedis untuk entri pada kali ini. hari ni, sekolah aku ada program khas untuk para calon SPM dan STPM. terpaksa lah bergabung dengan kakak-kakak form 6 yang mukanya macam gengster Kampung Kedondong. satu hari ni, kami tak ada kelas. memang aku bersemangat sangat datang ke sekolah sebab tak belajar, dan satu lagi sebab ada motivator yang dikatakan oleh cikgu aku begitu istimewa. aku pun pelik. kenapa cikgu aku cakap motivator tu istimewa? apa yang istimewa sangat beliau tu? sampaikan kami semua kena bayar RM13, itupun untuk bayaran motivator tu. ok ok ok, fine! ni mesti 'istimewa' sangat ni. pastikan duit 13hingget aku tu berbaloi ye, tu yang aku cakap dalam hati bila masuk ke dewan sekolah pagi tadi.
bila dah masuk, aku terus keluarkan buku nota dengan botol air aku yang besar gedabak. aku taknak rasa ngantuk aku menggoda-goda aku. tolonglahhh,13hingget aku tu. kang membazir je. sebelum motivator tu datang, cikgu membebel sekejap. aku tak tahu apa yang cikgu tunjukkan dekat LCD tu. kemasukan untuk ke IPTA entah pape lah... cikgu bebel punya bebel, last-last aku tertidur. argh payah nak tidur sebab aku dok kat atas kerusi, kalau dok kat atas lantai senang sikit nak tongkat dagu ataupun landing dekat bahu kawan sebelah. 
tiba-tiba, aku dah tak dengar cikgu bebel lagi. sebaliknya, aku ternampaklah seorang lelaki berkaca mata tersenyum sambil ditemani dua orang lelaki yang boleh tahan machonya. ok ok ok, not bad. cikgu pun kenalkan lah lelaki yang bernama Yang Mulia Raja Shamri bin Raja Husin. dengar nama dia pun dah mampu menarik perhatian aku. ni bukan calang-calang orang ni. ok ok ok, berbaloi 13hingget aku. kemudian, cikgu pun menyerahkan majlis kepada beliau. pada awal program tu, memang dah seronok. YM Raja Shamri ni memang nak anggap diri dia sebagai abang. jadi, kami semua panggillah dia Abang Raja. lebih brutal lahh dia cakap. bila mula je Abang Raja bebel, dia dah buat lawak. memang aku takkan ngantuklah sepanjang program tu.
macam-macam input yang aku dapat sepanjang Abang Raja bercakap. dia terangkan 20 prinsip yang akan membuatkan diri kita berjaya. personaliti beliau memang cukup membuatkan semua orang tak kelip mata tengok beliau. dari awal pagi tadi pun aku tertanya-tanya, apa yang istimewa kat Abang Raja ni? aku tengok beliau dari bawah sampai atas, tak ada apa pun yang special. beliau terangkan pasal biodata beliau. banyak kelulusan dia dah capai sekarang. ada masters lah, ada phD lah, tak terkira banyaknya. memang cukup istimewa. sampai dia jadi ketua pengawas darjah enam pun dia cakap. tiba-tiba beliau pun beritahu, bahawa beliau sememangnya dilahirkan cacat dengan kaki sebelah. beliau angkat seluar sebelah kanan, nampak kaki palsu beliau. kaki kanan beliau kudung, jari-jari pada kanan beliau pun cacat. Abang Raja cakap, dia terpaksa makan guna tangan kiri. hampir nangis (dah nangis pun, habis basah tudung aku) dengar pahit getir hidup dia dilahirkan sebagai seorang yang cacat. 


korang masih ingat tak iklan ni yang pernah ditayangkan dekat TV3 dulu? penerbitnya, Abang Raja :)


sambil Abang Raja cerita sedih, dia sempat lagi buat lawak. jadi, aku nangis dalam ketawa. beliau pun ada jugak bagi tips bagaimana nak seimbangkan otak kanan dan kiri kita. memang satu pengalaman yang seronok dan bermakna bagi aku. ok ok ok, berbaloi 13hingget aku. dan yang paling tak boleh blah, dia suka Najwa Latif hahaha. tahulah ada artis kat sekolah aku huhuhu. jeleslah aku Abang Raja layan Wawa lain macam hahaha. tak tahulah aku, asyik ketawa je hahahaha!
bila penamat program tu, aku rasa macam sedih pulak. bestlah Abang Raja kita ni. bila tengok budak-budak lain sibuk nak mintak signature Abang Raja, aku pun nak jugaklah. eh tapi malas lah sebab ramai sangat dah berkerumun abang tu. jadi, aku letakkan semula pen marker dengan buku diari aku dalam beg. hmm, lantaklah. hahahaha. okeh, kalau korang yang belum lagi tahu pasal insan yang teristimewa ni, korang boleh kenali beliau melalui:
Facebook (Page): http://www.facebook.com/abangrajaFANPAGEBlogger : http://abangraja.blogspot.com/


sesi beramas beramah mesra dengan beliau di mukabuka. adakah ini cinta muka buku? *wohh oh huwoh huwoh, hatiku rasa berbuluuuu~*
Kepada Abang Raja, I Love You Like a Lamb Chop bebeh :D

p/s: Najwa Latif dapat lukisan dari Abang Raja, aku cemburu buta :B

13 February 2012

Malaslahhhhh

assalammualaikum dan salam sejahtera...




apa motif gambar ni?


aku sebenarnya memang malas sangat nak update blog nih. dah bersarang lelabah. mana taknya, sibuk dengan sekolah. jangan main-main woh, bila dah naik ke tingkatan lima ni, hari-hariku dipenuhi dengan kerja sekolah yang tiada putusnya lah *ceh ayat bajed lembu


kadang-kadang aku online jugak lah *kadang-kadang ke? haish tipu* tapi aku tak ada nafsu nak update blog. tak ada idea lah nak update. takkan nak update pasal jejiwang punya bisnes? mesti korang muntah hijo nak baca, aku pun sama lah nak update post macam tu HAHA. 


aku setakat bukak fb dengan layan twitter je, blogger haram nak dibukaknya. serabut seh blog aku ni, macam halammm *(haram + halal)* and then, kerja sekolah tak cakap pulak. memang sentiasa menimbun. sah, aku pun dah jenis yang suka tangguh-tangguhkan kerja memang padan dengan muka aku lah. tulah, siapa suruh jadi pemalas? memang budak tak guna lah aku ni *T____T* kalau buat kerja sekolah pun, aku buat separuh jalan. sekerat jalan lagi, aku meniru je ler hasil titik peluh masam kawan sebelah aku kat kelas. kau memang terhebat lah Fatin Syazana *terima kasih bebanyok ye*


nak tahu apa aku buat kat sekolah? aku suka tidur. tapi bukannya tidur masa cikgu tengah mengajo, tu bahaya. kang aku tak paham sepatah haram susah jugak, terpinga-pinga nanti aku. bila ada kesempatan je aku ngorok. contohnya bila time rehat. kau orang ingat aku makan ke time rehat tu? takdenye lah, dah rehat, rehat jelah jawabnya. aku tidur sepuasnya. budak lain sibuk mencekik kat kantin, aku sibuk tidur kat kelas. kadang-kadang ada jugak pengawas halau aku keluar dari kelas time rehat. kalau tak tidur kat kelas, aku pi perpustakaan je. tingkat atas kelas aku je. memang enak bebeno tidur kat perpustakaan, sejuk sekali haha.


pada tarikh 9hb Feb, aku dah ada exam bulanan. lah bersepai hotak aku. menyesal aku study last-last minute, kelam kabut. aku rasa nyesal sesaat. masa ujian Math Mode, peh otak aku beku bak aisberg. boleh pulak aku tak tahu nak guna kalkualtor untuk bab Number Bases. omg omg omg!!! bengong, bahangong, bolon-bolon semua keluar lah. bila masa dah nak habis, aku terpaksa main hentam sajalah jawabnya. menitis hingus aku mengenang moment tuh ...


jadi, janganlah study last-last minute =='











saje-saje nak berlagak sikit dengan pic ni hahaha.




p/s: Valentine boleh sambut ke?

31 January 2012

Malaysia Tak Selamat Lagi

assalammualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan...




okeh, sekarang pukul brapa? (sepatutnya time aku tgh taip ni pukul 9.40 malam) ye, waktu ini memang diwajibkan budak sekolah selenger macam aku ni siapkan kerja sekolah atau belajar mengadap buku tebal setebal-tebalnya idok. tapi tak apalah, aku nak buat post barulah. memang semalam nak update, tapi line berokband tenat sangat. bikin aku bengang je. reload punya reload page sampai jemu. tak guna...


berbalik pada tajuk post aku kali ini... baru je tadi aku bukak facebook, tetiba aku ada terbaca satu maklumat yang penting yang telah disharekan oleh kawan aku kat facebook. bila tengok je title 'HARUS BACA', memang patut kena bacalah.
























HARUS BACA !
Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.



Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam

Klik Button "Share" jika anda rasa info ini berguna.





aku cuma copy paste dari facebook. bila dah baca semua maklumat ni, peh aku rasa memang tak selamat lagi Malaysia sekarang. dahsyat jika difikirkan betul-betul terutama sekali bagi kaum yang lemah lembut macam aku ni. tak dapat dibayangkan jika tubuh aku ni dipotong-potong, organ aku semua diambil, ya ALLAH, nauzubillah minzalik... agak-agak lah penjenayah ni. organ manusia woi? diaorang tak rasa takut atau ngeri ke potong badan manusia macam diaorang sendiri? tak feel apa-apa ke? seronok sangat ke curi organ orang? memang menakutkan betul. curilah organ kambing ke, lembu ke, khinzir ke... dahsyat + dasat...


manusia zaman sekarang memang tak berhati perut. patutlah sanggup potong organ perut semata-mata nak dapatkan duit. bahangong. aku dah mula takut nak bawak basikal pergi beli topup malam-malam kat kedai belakang. mak aihh... manalah tahu tetiba je ada orang nak culik aku then curik bibir angelina jolie aku ni. minta dijauhkan, fuh fuhhh! 


jadi, para makcik, akak, adik perempuan semua... sama-samalah kita jaga diri kita sendiri. biar hilang kereta sekali pun, jangan hilang body kita ni. memang aku takut sangat-sangat perkara ini terjadi kat orang sekeliling aku yang aku kenal. dunia memang tak selamat sekarang ni. macam manalah aku nak hidup... takut!






p/s: Jangan bawak basikal malam-malam, bawak motor je. Boleh rempit laju-laju nak elak daripada organ kita diambil orang.